Ada Apa-Apa Ke Ni Dayana Roza Bergambar Tepi Kolam Dengan Bekas Juara Dunia Moto GP

Jika anda adalah peminat sukan MotoGP, pastinya anda kenal Jorge Lorenzo yang sebelum ini telah mengumumkan persaraan beliau daripada sukan permotoran kerana mahu berehat sebelum menceburi bidang baharu pada masa akan datang.

Menerusi laman Instagram beliau, Jorge kini dilihat sedang berlibur di Bali namun yang menarik perhatian, beliau juga turut ditemani aktres Malaysia, Dayana Roza.

Jorge dan Dayana bukanlah pertama kali berjumpa kerana sebelum ini ketika Jorge mengumumkan persaraannya, Dayana sempat menitipkan ucapan selamat maju jaya buat Jorge. Wah, wah! ada apa apa ke tu?

Tak sangka juga ya Jorge Lorenzo mempunyai hubungan mesra dengan Dayana! Mungkin masih dalam proses kenal hati budi agaknya sebelum melangkah ke fasa seterusnya.

Gambar Jorge yang tidak berbaju manakala Dayana seperti mengenakan bikini itu turut mendapat perhatian rakan artis yang lain seperti Tiz Zaqyah, Adeline Tsen dan Sheila Rusly. Malah peminat aktres filem ‘Minah Moto’ itu turut meninggalkan beberapa komen termasuklah mendoakan supaya keduanya berakhir di jinjang pelamin.

Ada pula yang menyuruh Jorge menukar nama kepada “Ahmad Amran Lorenzo”. Namun, tidak pasti pula sejauh mana hubungan kedua-duanya kerana sebelum ini Jorge didakwa mempunyai hubungan aktres Indonesia, Nikita Mirzani.

Nikita sebelum ini memuat naik foto bercumbu di pipi Jorge pada 23 November yang lalu.

Apa-apapun doakan yang terbaik, jika ada jodoh, adalah ya!

Sumber : CARI / SKT