Adik Noor Nabila Perli Sharnaaz Ahmad

Nampaknya kemelut rumah tangga Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila seperti tiada kesudahan apabila pelakon itu menfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya. Difahamkan, permohonan itu difailkan pada 19 September lalu

Menurut Sharnaaz, dia bertindak memfailkan permohonan berkenaan untuk memperbetulkan keadaan serta spekulasi yang diperkatakan mengenai rumah tangganya.

Susulan episod terbaru itu, adik kepada Nabila iaitu Nellisa Mohd Noor dilihat memuat naik status seakan berbaur sindiran yang menimbulkan persoalan kepada siapa ianya ditujukan.

Status tersebut memetik mengenai layanan seorang suami kepada isteri. Nellisa turut menyatakan bahawa suami jangan hanya tahu menunding jari terhadap isteri sahaja dan asyik menyalahkan isteri sahaja.

Ujarnya lagi, jika suami melayan isteri dengan baik dan memberikan sepenuh kasih sayang sudah pasti isteri tidak akan buat hal.

Apapun kami juga tidak pasti sindiran itu dituju pada siapa. Semakin hangat kes rumah tangga pasangan ini, apa pun kita doakan yang baik-baik saja buat mereka.

Sharnaaz Ahmad Fail Nusyuz Terhadap Noor Nabila

TERDAHULU, Kemelut rumah tangganya sedang hangat diperkatakan, terbaru Sharnaaz Ahmad dikhabarkan menfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya, Noor Nabila di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Difahamkan, permohonan itu difailkan pada 19 September lalu. Menurut Sharnaaz, dia bertindak memfailkan permohonan berkenaan untuk memperbetulkan keadaan serta spekulasi yang diperkatakan mengenai rumah tangganya.

“Saya failkan nusyuz adalah untuk kita perbetulkan apa yang tak betul dan juga mengenai spekulasi yang sedang diperkatakan di luar sana.

“Apa yang saya lakukan ini hanya ada satu sebab sahaja iaitu untuk kita sama-sama selesaikan benda ini dengan cara yang paling baik.

“Kalau nak gaduh, apa pun kita tak dapat sekarang ini. Yang paling penting adalah untuk kebaikan bersama,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, peguam yang mewakili Noor Nabila mengesahkan menerima permohonan tersebut pada 22 September lalu.

Sementara itu, Sharnaaz melantik kakaknya Dr Sherrini Ahmad Bazir Ahmad sebagai wakil jawatankuasa pendamai (JKP) dalam kes perceraian mereka manakala Nabila melantik bapa tirinya, Abdul Halim Khan.

Mahkamah menetapkan tarikh yang sama dengan sebutan semula kes nusyuz bagil hasil laporan JKP kedua-dua belah pihak.

Terdahulu, Nabila menfailkan perceraian terhadap Sharnaaz Ahmad pada 27 Ogos lalu. Namun, Sharnaaz menolak dan tidak bersetuju dengan tuntutan cerai isterinya kerana ingin menyelamatkan rumah tangga mereka yang dibina sejak dua tahun lalu.

Kredit: Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *