Akhirnya terjawab teka teki Sharnaaz Ahmad memberi punca dan sebab utama dia failkan Nusyuz

Menurut laporan Harian Metro, bintang filem Juvana itu memberitahu dia bertindak memfailkan permohonan berkenaan terhadap Noor Nabila untuk memperbetulkan keadaan serta spekulasi yang berlegar-berlegar mengenai rumah tangga mereka.

Pelakon Sharnaaz Ahmad memfailkan permohonan nvsyuz terhadap isterinya, Noor Nabila Mohd Noor di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Sharnaaz atau nama penuhnya Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad, 34, yang diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader memfailkan permohonan itu pada 19 September lalu.

Terdahulu pada prosiding di hadapan Hakim Syarie Ahmad Muttaqi Ismail, Akberdin memaklumkan pihaknya telah menyerahkan sam4n kepada pihak Noor Nabila pada 22 September lalu.

“Sebab utama adalah untuk kita sama-sama selesaikan perkara ini dengan cara yang paling baik. Yang paling penting adalah untuk kebaikan bersama,” katanya.

Sementara itu, mahk4mah sama turut menetapkan 6 November ini untuk jawatankuasa pendamai (JKP) yang dilantik Sharnaaz dan Noor Nabila mengemukakan lap0ran berhubung kemelut rumah tangga mereka. Ahmad Muttaqi menetapkan tarikh itu selepas prosiding pelantikan wakil JKP oleh kedua-dua pihak, hari ini.

Perkara itu disahkan peguam syarie Azmi Mohd Rais yang mewakili Noor Nabila yang kemudian memohon satu tarikh bagi memasukkan pembelaan mereka. Mahk4mah kemudian menetapkan 6 November ini untuk sebutan semula k3s.

Noor Nabila, 34, yang juga kakak pengacara dan pelakon Neelofa itu melantik ayah tirinya, Abdul Halim Khan, manakala Sharnaaz melantik kakaknya Dr Sherrini Ahmad Bazir Ahmad sebagai wakilnya. Dalam proses perpisahan, JKP terdiri daripada anggota keluarga rapat dengan satu pasangan terbabit, akan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.

Perlantikan JKP itu adalah susulan Sharnaaz tidak bersetuju dengan tuntutan perpisahan Noor Nabila yang memfailkan permohonan perpisahan secara baik pada 27 Ogos lalu mengikut Seksyen 47 Akta Und4ng-Und4ng Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Noor Nabila juga didakwa memuat naik status yang dikatakan menguatkan lagi spekulasi dirinya berdepan masalah rumah tangga. Sharnaaz dan Noor Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak, Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia setahun.