BAWA PULANG 100K, SHAHIR ZAWAWI JUARA HIJRAHKAN LAGUKU

Pentas akhir program realiti nyanyian Hijrahkan Laguku musim pertama menyaksi penyanyi Shahir Zawawi diumumkan sebagai juara.

Shahir, 34, memperoleh markah keseluruhan 72 peratus dan menewaskan Datuk Nash (71%), Mark Adam (63%) dan Iwan Syahman (62%).

Penyanyi yang popular dengan lagu Kebahagiaan Dalam Perpis4han ini bersyukur dengan rezeki tersebut dan berharap program itu akan terus menjadi platform anak muda menyebarkan dkwah.

“Pertamanya terima kasih TV AlHijrah. Tak tahu ada hadiah sebagai gnjaran. Tapi bersyukur.

“Moga jadi juara kepada pendengar. Semoga program ini jadi platform untuk anak seni sebarkan dakwah,” ujarnya.

Semoga program ini jadi platform untuk anak seni sebarkan dakwah SHAHIR ZAWAWI PENYANYI

Kemenangan itu melayakkan Shahir membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000.

Manakala ketiga-tiga peserta akhir lain menerima RM20,000 setiap seorang.

Pada malam final itu Shahir menyanyikan lagu berjudul Madahku, inspirasi lagu asal Madah BerheIah yang dipopularkan oleh Ziana Zain serta lagu duet PerjaIanan Jiw4 bersama Datuk Nash.

Bagi Anugerah Sawa’ Assabil pula dimenangi oleh Iwan Syahman dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 yang akan diwakafkan.

Markah peserta diadili sebanyak 80 peratus oleh juri profesional iaitu Fauzi Marzuki, Hazamin Inteam dan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. Manakala 20 markah daripada undian penonton.

Pentas akhir yang bersiaran secara langsung di Studio Penyiaran Digital, TV Al Hijrah, Kuala Lumpur pada malam Sabtu turut dihadiri oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Tuan Haji Idris Ahmad.

Program terbitan saluran TV Al Hijrah ini dih0skan oleh Faizal Ismail dan Bell Ngasri.

Sumber: Mst4r

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *