Bersuara Isu Ebit Lew, PU Syed Kena Kecam, Tak boleh usik langsung, kuat back up

Susulan mengeluarkan kenyataan sensasi mendesak agar Ebit Lew ‘membuka mulut’ menafikan segala dakwaan panas yang berlegar membabitkan dirinya ketika ini , pendakwah bebas PU Syed dikecam orang ramai.

Perkara itu dimaklumkan PU Syed atau nama lengkapnya, Syed Mohd. Bakri Syed Ishak menerusi untaian hantaran status dalam Facebook.

“Kena kecam doh ambe (saya). Tokleh (tak boleh) usik langsung. Kuat ‘back up’. Cuma ambe nak kena kabo satu benda, tentang ambe, kot terlupa, #AdeAmbeTakut (ada saya takut),” tulisnya.

Ujar juara Pencetus Ummah musim ke-3 itu lagi, dia tidak kisah dikecam kerana percaya masing-masing punya jari-jemari untuk menulis apa sahaja, namun yang berkuasa adalah Allah SWT.

“Kecamlah selagi boleh. Sebab masing-masing ada jari-jemari untuk menaip. Kelak di akhirat hanya kita dan Allah sahaja berhadapan untuk dihitung dan dihisab,” katanya.

Terdahulu, PU Syed menulis satu hantaran status panjang lebar dalam Facebook meminta agar Ebit berhenti mendiamkan diri dan melakukan sesuatu terhadap segala fitnah dan dakwaan dilemparkan kepadanya.

Susulan daripada pelbagai pendedahan yang dibuat oleh netizen dan juga pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mengenai Ustaz Ebit Lew, Pencetus Ummah (PU) Syed tampil memberi teguran.

Mohon Ebit Tampil Beri Pencerahan

Menerusi laman Instagram nya, PU Syed yang juga pendakwah bebas meminta Ebit untuk tampil memberikan pencerahan sama ada menyangkal dakwaan tersebut atau menyaman mereka yang cuba memfitnahnya. Terdahulu, Murai.my melaporkan Firdaus mendedahkan rakaman suara dan juga beberapa tangkap layar perbualan lucah bersama mangsa yang dikatakan milik Ebit. Pendedahan itu dibuat Firdaus menerusi siaran Telegram dan semua bukti telah pun diserahkan kepada pihak polis.

“Pendedahan demi pendedahan ‘yang berani’ telah dibuat terhadap UEL(Ustaz Ebit Lew)..maka ambe(saya) minta UEL agar tampil kehadapan dengan menafikan atau menyaman mereka yg ente(awak) anggap telah memfitnah ente(awak)..walaupun kes ini masih dalam siasatan polis, namun masyarakat khasnya followers ente(awak) perlu diberi pencerahan setuntasnya.isu “panas” yang sedang terpalit ini.

“Namun janganlah memahami kaedah ini dgn menyatakan hanya dengan bersumpah selesai..sebab sebagai orang yang beriman, jika kita lolos seperti sajat ke Thailand dengan berselidung disebalik sumpah di dunia..di akhirat belum tentu kita akan semudah di dunia untuk mendpatkan kabel di akhirat sana” ujar Syed

PU Syed Mahu Kes Diadili Sebaik-Baiknya

Dalam pada itu, Syed akui sifat bersangka baiknya terhadap Ebit semakin menurun berikutan mendapat tahu mangsa mula membuat laporan polis. Meskipun menerima beberapa buah video yang dikatakan sebagai bukti, namun Syed bertindak untuk terus memadamnya selain mengharapkan isu tersebut dapat diadili dengan sebaik-baiknya.

“Ada beberapa video yg ambe(saya) dapat..dari hamba Allah namun ambe(saya) terus padamnya serta memadam no orang menyalurkan video tersebut kerana masih bersangka baik bahawa ianya adalah “penipuan”..

“Namun bila ramai para asatizah(ustaz dan ustazah) muncul mendakwa perkara yang serupa dan disokong dengan laporan-laporan polis yang telah dibuat oleh “mangsa”, maka sangka baik ambe(saya) semakin mengendur dan ambe(saya) berharap isu ini dapat diadili dengan sebaiknya serta membongkar kisah sebenarnya..

“Biarlah kita diadili di dunia, jangan nanti di akhirat kita akan merana”

Pintu dan ruang taubat masih terbuka luas buat kita semua..namun kemaksiatan dan kebiadaban perlu dibanteras agar tidak menular dalam kalangan masyarakat, apatah lagi jika muncul dari orang yang dihormati oleh masyarakat.

Setiap kebaikan pasti akan dikenang, namun janganlah menggunakan kebaikan utk menutupi kesalahan-kesalahan yang dilakukan.

Taasub pengikut juga adalah satu barah, taasub kepada kebaikan suatu yg dipuji syarak tetapi jika taasub secara melulu sehingga tidak nampak langsung buruk yg sedang ditampal adalah suatu yang mendukacitakan” pesan Syed lagi

Dalam perkembangan berkaitan, polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes gangguan seksual membabitkan Ebit selepas polis mengambil keterangan mangsa yang membuat laporan.

Dalam perkembangan berkaitan, polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes gangguan seksual membabitkan Ebit selepas polis mengambil keterangan mangsa yang membuat laporan.

Sumber: kosmo, murai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *