BukanP0lis Malaysia, Sajat SudahDitahan. Ini Lokasi Ketika DiTahan

Misteri ‘kehilangan’ usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat kini terjawab apabila dia dilaporkan sudah ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu.

Penahanan Nur Sajat dilakukan pihak berkuasa negara gajah putih itu selepas mendapat maklumat mengenai keberadaan usahawan kosmetik di Bangkok, Thailand daripada pihak berkuasa Malaysia.

Sumber memaklumkan Nur Sajat, 36, ditahan di sebuah kondominium mewah di Bangkok bersama seorang lelaki juga berperwatakan wanita warga Thailand ketika serbuan pihak imigresen.

Memperincikan perkara itu, sumber memberitahu Skuad Khas Harian Metro bahawa berdasarkan maklumat dikongsikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada pihak berkuasa Thailand mengenai lolosnya usahawan berkenaan ke negara berkenaan pada awal Mac lalu, usaha mengesannya dilakukan jabatan imigresen Thailand.

“Pada 4 Jun, pihak imigresen Thailand mengesan lokasi persembunyian Nur Sajat iaitu di sebuah kondo mewah di tengah Bangkok.

“Selepas risikan dan intipan dilakukan, pada 8 September sekitar jam 6 petang (waktu Thailand) serbuan dilakukan di lokasi persembunyiannya. Hasilnya, Nur Sajat ditahan dan semakan pihak imigresen Thailand mengesahkan dia adalah individu yang melarikan diri serta dikehendaki pihak berkuasa Malaysia. Malah, pasport milik usahawan kosmetik itu juga sudah dibatalkan kerajaan Malaysia,” katanya memaklumkan Nur Sajat ditahan bersama dengan seorang lelaki tempatan (Thailand) yang juga berperwatakan sepertinya di kondominium mewah itu.

Menurutnya, Nur Sajat kemudiannya dibawa dan ditahan di Ibu Pejabat Imigresen Cawangan Pembanterasan Pendatang Tanpa Izin Thailand atas kesalahan berkaitan imigresen di negara gajah putih itu.

“Pada 9 September atas kesalahan itu, Nur Sajat didakwa di mahkamah Thailand. Nur Sajat bagaimanapun dibebaskan pada 10 September dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat seorang warga tempatan.

“Wang itu dibayar oleh seorang kenalannya dikenali sebagai Misha yang dilaporkan terbang ke Thailand untuk urusan jaminan Nur Sajat,” katanya.

Ditanya di manakah Nur Sajat kini berada, sumber itu memaklumkan, Nur Sajat masih berlindung di kondominium mewah di tengah ibu kota Bangkok itu.

“Walaupun dia dibebaskan dengan jaminan, Nur Sajat diarahkan untuk hadir ke pejabat imigresen Thailand setiap 14 hari,” katanya.

Menjawab soalan wartawan, sumber itu memaklumkan, pihak berkuasa Malaysia sedang berunding dengan kerajaan Thailand untuk membawa pulang Nur Sajat ke negara ini.

“Usaha membawanya pulang untuk menghadapi perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah di Selangor atas kesalahan berpakaian wanita yang dilakukannya di Shah Alam pada tahun 2018 itu sedang berlangsung.

“Rundingan agak sukar tetapi kita tetap optimis untuk membawanya pulang. Sukar disebabkan ada campur tangan pihak antarabangsa membabitkan negara dan pertubuhan tertentu yang menghalangnya,” katanya.

KRONOLOGI kes babitkan Sajjad.

Tunggu kebenaran nak pindah Australia

Kuala Lumpur: Usahawan kosmetik dalam buruan, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat didakwa sedang memohon perlindungan dan kebenaran untuk berpindah ke Australia.

Nur Sajat yang kini dalam pemantauan pihak berkuasa Thailand selepas penahanannya pada 8 September lalu atas kesalahan imigresen dilaporkan sedang berusaha mendapatkan perlindungan daripada negara berkenaan.

Sumber memberitahu bahawa ketika ditahan pihak berkuasa imigresen Thailand pada 8 September lalu, Nur Sajat hanya menunjukkan salinan pasportnya kepada pegawai penyiasat melalui telefon bimbitnya.

“Semakan imigresen Thailand mendapati pasport Nur Sajat dibatalkan kerajaan Malaysia. Dia (Nur Sajat) kemudian menyerahkan kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) dan memaklumkan adalah seorang pelarian.

“Hasil soal siasat dilakukan pegawai imigresen Thailand, Nur Sajat memaklumkan dia sedang mendapatkan kebenaran berpindah dan berlindung di Australia.

“Semakan mendapati Nur Sajat memperoleh kad UNHCR yang dikeluarkan ibu pejabat badan itu di Bangkok,” katanya.

Sumber sama memaklumkan, ibu pejabat UNHCR di Bangkok juga sudah menyediakan peguam untuk Nur Sajat dan dilaporkan bersedia membantunya untuk mendapatkan kebenaran berpindah ke Australia.

“Beberapa urusan berkaitan perpindahan Nur Sajat juga sedang diusahakan UNHCR dengan wakil kedutaan Australia di Bangkok,” katanya.

Skuad Khas Harian Metro sedang mendapatkan ulasan UNHCR Malaysia dan Bangkok serta Kedutaan Australia di Malaysia berhubung dakwaan itu.

Ditanya apa alasan sebenar Nur Sajat untuk memohon kad pelarian dan berpindah ke Australia, sumber berkata, usahawan kosmetik itu mendakwa dia mendapat ugutan bunuh selepas mengumumkan keluar daripada Islam selain diburu lebih 100 penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais)

DS Vlda Menangis Bila BeritahuSebab Sebnar BeliauNak Kahwln KetikaLive Bersama Nabil

Bekas pembantu peribadi kepada Datuk Seri Vida, Iqbal Zulkefli mend.edahkan bekas majikannya itu menangis sehingga tak lalu makan mengenangkan anak perempuannya, Cik B.

Perkara tersebut antara lain mempunyai kaitan dengan i.su ibunya yang bakal dikatakan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Malah, Cik B sebelum ini menerusi program hiburan Melodi, ada memberikan reaksinya mengenai perkara perkenaan.

Anak kepada usahawan k.osmetik terkenal, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin atau lebih sinonim dengan panggilan Cik B tampil komen mengenai perihal ibunya, Datuk Seri Vida bersama penonton menerusi Melodi, TV3 pada Ahad.

Di dalan sesi temu bual secara virtual itu, Cik B antara lain menjawab i.su tular babitkan kisah ibu berkaitan soal jodoh bersama bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli.

Jelas Cik B yang pernah tampil menerusi single berjudul Tolonglah ini, jurang perbezaan umur ibu dengan jejaka berkenaan sangat jauh dan baginya, ia tidak sesuai. Malah, Cik B akui tidak memiliki jalinan perhubungan yang baik dan serasi bersama Iqbal, sebelum ini.

“Jauh di sudut hati, saya sangat kurang setuju sebab Mama umurnya dah tua dan Abang Iqbal baru umur 25. Macam mana Abang Iqbal yang umur 25 boleh suka orang tua? Mesti ada sebab tau.

Sebagai seorang anak, Cik B berkata dia sebolehnya mahu melihat ibunya berjodohan dengan lelaki yang lebih tua atau sama umur.

“Kalau sudah jodoh Mama dengan Abang Iqbal, saya harapkan Mama gembira dengan Abang Iqbal dan ikutlah Mama nak buat apa tapi saya memang tak nak Mama kahwin dengan Abang Iqbal.

“Kerana faktor usia, saya tidak bersetuju dan merestui. Kalau Mama dijodohkan dengan orang yang tua sepadan umur saya tak kisah.

Iqbal yang menjadi lelaki paling rapat dengan Vida ketika ini menambah, dia memahami perasaan remaja berkenaan yang m.arah andai ibunya sekali lagi berkahwin.

“Hari ini seharian Dato Seri Vida menangis, tidak makan memikirkan Cik B. Saya turut kasihan pada Cik B, sejak kecil dia jarang ada masa bersama.

“Sejak saya masuk bekerja, saya selalu pesan pada DSV, bawa Cik B ikut sama setiap kali kita ke luar negara. Jangan terlalu m.arah, bagi perhatian sepenuhnya pada Cik B.

“Saya faham perasaan Cik B marah jika ibunya berkahwin. Oleh kerana mereka melalui sejarah hidup, banyak t.ohmahan, t.uduhan saya yang harus tanggung walaupun jauh sekali saya tidak sama seperti pengalaman mereka,” jelas Iqbal.

Luahan tersebut dikongsikannya menerusi satu hantaran di Insta Stories, pada Isnin.

Dia bagaimanapun meminta ramai untuk kasihankan Cik B dan tidak menambahkan api terhadap s.ituasi yang berlaku.

Mahu memberikan yang terbaik, Iqbal pada masa sama turut memohon ramai agar memberikan semangat buat Cik B.

“Orang luar tidak dapat menggambarkan keadaan Cik B apabila dia m.arah. Luar biasa. Tiada siapa berani untuk masuk dekat. Kepada semua yang menyayangi Cik B, tidak kisah jika kalian berpendapat tidak bersetuju untuk saya dengan Dato Seri Vida berkahwin, saya tabah menelan fi.tnah, namun jangan sesekali tambahkan api pada dia. Kasihani emosi dia.

“Seharusnya kalian memberikan semangat kepada dia. Saya sedaya upaya lakukan terbaik untuk semua. Baik Cik B, Dato Seri Vida dan Kacak.

Sebelum ini, Vida mengesahkan bakal berkahwin dengan bekas pembantu peribadinya itu pada Disember ini namun risau dengan penerimaan anak-anak, terutama Cik B.

Kisah hubungan mereka menjadi perhatian apabila pasangan itu terbuka berkongsi persiapan mereka termasuk melakukan ujian kes.uburan pada akhir Ogos lalu.

Sementara, Iqbal ada memberitahu dirinya sudah bersedia untuk menjadi suami kepada penyanyi lagu I Am Me itu.

DS Vida Tampil Live Dalam Meletop

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Kredit : YT/MH

Cik B Tak Setuju Vida Kahwin, Dedah SeIaluGaduh Dgn Iqbal, Mama BiIa Bercinta, Dia Macam

Sebelum ini, usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida telah mendedahkan bakal mendirikan rumah tangga bersama bekas pembantu peribadinya iaitu Iqbal Zulkefli.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Pendedahan tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Vida juga mengakui tidak ‘berani’ memberitahu anak perempuannya iaitu Cik B mengenai perkara tersebut.

Menerusi temubual bersama Melodi, Cik B mengakui tidak bersetuju dengan keputusan Vida untuk mendirikan rumah tangga selain niatnya yang ingin memiliki anak lagi.

Jelas Cik B, jarak usia antara ibunya dengan Iqbal sangat jauh berbeza menjadikan salah satu faktor dia tidak merestui perkahwinan tersebut.

Saya deep down saya sangat kurang setuju. Ye lah, mama umurnya pun dah tua, abang Iqbal baru umur 25. Macam mana abang Iqbal ni umur 25 ni suka orang tua. Mesti ada sebab tau. Macam saya memang sangat tak setuju mama dia nak anak lagi. Cukup lah saya dengan Kacak sahaja. Mama ni bila dia bercinta, dia macam cinta buta.

Ya betul disebabkan faktor usia saya tidak merestui. Dan kalau mama dijodohkan dengan orang yang tua, sepadan umur, tak kisah what gonna be happen sebab mama tak suka orang tua. Mama memang suka orang muda juga.

Tidak terhenti di situ, Cik B turut mendedahkan bahawa dia dan Iqbal tidak mempunyai hubungan yang baik malah mereka seringkali bergaduh.

Saya dengan abang Iqbal ni memang tak ngam. Saya selalu gaduh dengan dia. Gaduh tu bukan gaduh biasa biasa. Saya gaduh dengan dia memang luar biasa. Hubungan kami memang sangat renggang. Saya tak nak komen banyak, sebab banyak saya nak cakap tapi saya biarlah pada diri saya sendiri.

“Sepatutnya, kalau betul mak nak kahwin. Kena berterus terang dulu dengan anak. Bila anak dah terima barulah di war warkan. Ni anak tahu dari orang lain. Mesti lah kecewa. Lagipun anak2 dalam fasa membesar. Emosi pun terganggu. Bukan senang ye anak anak nak terima orang baru dalam keluarga. ” – Putri

‘Mana tak matangnya, cik b baru umo 16 tp dah lalui fasa dari 5 ayah..tahu la dia camner serik ke tak rasanya. Semoga Allah berikan satu2nya anak dara dsv ni ketabahan dan membahagiakan hatinya” – Ezatul

Menurut Cik B, pada awalnya dia menyangka kontroversi perkahwinan Vida dan Iqbal hanyalah marketing semata-mata namun lama kelamaan isu itu dilihat semakin serius. Namun, sekiranya benar mereka berjodoh, Cik B berharap agar ibunya akan mengecapi kebahagiaan.

Sebenarnya saya ingatkan marketing tapi nampak macam betul betul pulak. Ya Allah takutnya tapi harap-harapnya memang marketing lah. Saya pun macam tak nak lah ada ayah baru. Saya pun dah cukup dah ada 5 ayah.

“Bijak cik B ni ..dia bkn ank nk halang mak dia bahagia….apa yg cik B fikir tu mmg dah berlaku…mak dia je nk nafikan…umur2 mcm ni baik fikir hal inadah dan ank2…klu nk teman cari yg sekufu…” – Norliyana

“Sokong cik b keputusan yg tepat tu dia dah 5 kali kawin terror lah datuk vida,yg kekal maha pencipta kita.doa seorang anak pada org tua nya tiada hijab .” – Rahimah

Kalau jodoh mama dengan abang Iqbal saya harapkan mama happy, ikutlah mama nak buat apa. Saya memang taknak mama kahwin dengan abang Iqbal.

Dalam kesempatan itu, Cik B sempat memberi pesanan kepada Vida supaya dapat berfikir dan menilai niat seseorang yang ingin mendekati dirinya adakah orang tersebut benar-benar mencintainya atau sebaliknya.

Video

Sumber: Melodi

Kisah percintaan jutawan kosmetik Datuk Seri Vida terus mencuri tumpuan ramai.

Terbaru, Vida menerusi siaran langsung di Instagramnya semalam, memohon doa orang ramai supaya anaknya Cik B dilembutkan hati untuk menerima segala keputusan.

“Cik B perlukan masa, you guys boleh tolong tak, minta tolong doa.

“Doa saya ni ibu memang la insya-Allah makbul tapi nak makbul cepat supaya lembut hati Cik B dalam semua urusan.

“Termasuklah menjadi anak yang soleh, hebat, rajin bisnes, cantik, kurus dan berdikari,” katanya.

Menerusi siaran langsung itu, Vida dilihat turut menitiskan air mata setiap kali berbicara mengenai Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 16.

Malah, Vida yang kelihatan sebak telah beberapa kali cuba ditenangkan oleh pembantunya.

Sementara itu menerusi ruang komen, rata-ratanya setuju sekiranya Vida memberikan masa dan ruang kepada Cik B untuk berfikir.

Pun begitu, ada juga yang tidak bersetuju dengan perkahwinan berkenaan.

Terdahulu, Vida memaklumkan dia masih belum berani untuk memberitahu anak sulungnya itu tentang hasratnya untuk berkahwin dengan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli.
Justeru, Vida mahu khabar gembira itu diketahui Cik B menerusi laporan media, bukan dari mulutnya sendiri.

Cik B kemudian memberi respon sarkastik di Twitter hingga mengundang pelbagai reaksi warganet yang terhibur dengan telatah anak beranak itu.

Sekadar info, kisah Vida dan Iqbal mula menjadi sorotan ramai selepas pelantun lagu I Am Me itu membuat ujian kesuburan dan menyatakan hasratnya untuk memiliki zuriat.

Hal itu disambut baik oleh Iqbal yang sudah lama menaruh hati dan harapan kepada usahawan kelahiran Kelantan itu.

Menari Dah Macam Itik, Malek Tanya Siapa Yang SebarVideo Lama Ni

Siapa sangka Datuk Aaron Aziz yang popular dengan watak samseng sebagai Malik pernah menari tarian Hindustan!

Rahsia tersebut ‘pecah’ apabila rakaman yang menggabung beberapa wataknya tular dalam media sosial baru-baru ini.

Video tersebut seterusnya mendapat perhatian Aaron sehingga dia berseloroh mahu memburu individu yang menularkan rakaman berkenaan.

“Ini siapa punya kerja yang cari rakaman zaman dulu?

“Yang joget macam itik itu ketika belum rakaman dan belakang tabir. #guacarilusampaidapat,” tulis Aaron.

Dalam ruangan komen, ramai yang terhibur melihat sisi berbeza ‘Malik’ yang digeruni ramai sebelum ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: kosmo

EinaAzman Berltahu Apa Yang Jadl Sebnarnya DekatSvami Beliau, WalaupunDah PlangKe Rmah

Sebelum ini pelakon terkenal, Datin Paduka Eina Azman memaklumkan suami tercintanya, Datuk Kaiser Gurmeet Abdullah mengalami penurunan oksgien sehingga terpaksa menggunakan b.antuan pernafasan a.kibat j.angkitan v.irus C0vid 19.

Beliau turut memohon warganet untuk menitipkan doa buat suaminya yang masih berada di h.ospital agar diberikan kesembuhan seperti sedia kala.

“Saya mohon semua mendoakan kesi.hatan dan kesejahteraan suami, Kaiser Gurmeet Abdullah kembali seperti sedia kala. Doakan suami saya yang kini berada di h.ospital agar k.uat untuk mel.awan v.irus C0vid 19.

“Sebab oksigen suami saya semakin menurun hingga perlu memakai b.antuan oksgien,” kongsinya di Instagram.

Dalam pada itu, dia turut meniupkan semangat buat suaminya agar kekal kuat untuk mela.wan peny.akit tersebut.

“Sayang, saya tahu awak kuat. Awak perlu cepat sihat. Saya sayang awak, kami tunggu di rumah,” katanya. Sebelum ini, Eina memaklumkan dia, suami serta dua orang pembantu rumahnya disahkan positif C0vid 19.

Dia juga meluahkan kesedihan kerana diberi ujian Allah disaat ulang tahun perkahwinannya, namun dia reda dengan ketentuan Ilahi.

Sebelum itu Eina menerusi Instastory meminta tips daripada bekas pesakit CVDI9 tahap empat mengenai cara untuk meningkatkan paras 0ksigen dalam badan. Dalam masa sama Eina turut berterima kasih kepada mereka yang sudi berkongsi tips tersebut.

Datin Eina Beritahu Keadaan Semasa Live Bacaan Doa

Alhamdullilah Dah Sihat

Assalamualaikum… Syukur Alhamdullilah selepas 12 hari yang cukup mendebarkan buat diri saya dan keluarga bila memikir kan keadaan suami saya yang kena c0vid Stage 4 dan paru2 pun dah mer.ebak 30 perc.ent Dengan oxygen yang turun naik dan dr pun ada ckp kalau dalam masa 2-3 hari oxygen tak ok suami kena masuk icu.

Kalau boleh saya mmg tak nak suami saya d masuk ke icu. Ya Allah saya tak tahu nak cakap mcm mana perasaan ketika itu.

Hanya Allah saja yang tau perasaan saya yang tak senang duduk. Memikir kan apa patut saya buat. Dan saya dah cuba ikhtiar mcm2 cara untuk cuba sembuh kan suami saya.

Di sini saya ingin ucap kan terima kasih banyak2 kepada keluarga kawan2, dan semua followers saya yang tak henti2 mendoa kan dan bagi saya mcm2 barang dan tips untuk cuba sembuh kan suami saya. Saya tak mampu nak balas semua whatsapp dan dm. Saya hanya mampu ucap kan terima kasih sekali lagi atas segala doa2 yang baik untuk diri saya suami, dan bibik Dan sekarang ini suami saya pulang ke rumah mungkin juga dari doa2 u all yang Allah makbulkan. Syukur Alhamdullilah aminnnn aminnnn.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Kredit : IG

Shahrol Shlro Dan Isteri P0hon D0a Orang Ramai

Keadaan kes.ihatan anak kepada pelawak Shahrol Shiro iaitu Ismail Rifqi semakin membimbangkan apabila doktor memaklumkan buah pinggang bayi berusia lapan bulan itu mengalami m.asalah dan sudah berada di tahap k.ronik.

Isteri Shahrol iaitu Nor Farhanah Syamimi atau lebih mesra disapa Anna berkata anak kedua mereka itu memerlukan rawatan segera selepas kedua-dua buah pinggangnya r.osak dan membengkak.

“Pada Isnin lalu, hasil ujian dan pemeriksaan pakar mendapati buah pinggang Ismail belah kanan sudah tiada, manakala buah pinggang Ismail sebelah kiri pula sudah b.engkak.

“Kata doktor Ismail perlu mendapatkan r.awatan secepat mungkin memandangkan dia hanya ada satu buah pinggang dan buah pinggang yang ada pun b.engkak.

“Memang terkejut dan s.edih apabila mendapat keputusan itu. Luluh hati bila dapat tahu buah pinggang Ismail mengalami ker.osakan dan sudah t.eruk,” katanya ketika dihubungi.

Shahrol dan anak bersama dua anak mereka

Sementara itu, Anna berkata dia mula mengesan sesuatu yang tidak kena terhadap kes.ihatan anaknya apabila Ismail sering demam dan terdapat sesuatu yang tidak normal pada air k.encing.

B.imbang keadaan menjadi lebih te.ruk, Anna dan suami mengambil keputusan melakukan pemeriksaan lanjut di h.ospital.

Sekarang ini Ismail dimasukkan ke sebuah h.ospital di Johor dan sedang menerima r.awatan anti.biotik

“Dia selalu demam on off… kalau tengok secara f.izikal dia nampak macam sihat sahaja tapi naluri ibu kita rasa macam ada yang tak kena. Apabila tengok dia asyik tak sihat, kami bawa dia bertemu pakar dan buat pemeriksaan lebih menyeluruh.

Perkongsian Anna di laman Instagram

“Sekarang ini Ismail dimasukkan ke sebuah h.ospital di Johor dan sedang menerima r.awatan anti.biotik,” ujarnya.

Dalam pada itu, Anna turut memohon orang ramai mendoakan agar anaknya itu segera sembuh dan diberikan kekuatan untuk terus mel.awan peny.akit.

Anna dan Shahrol mohon doa orang ramai

“Mohon jasa baik dari kalian untuk mendoakan kes.ihatan anak Anna. Doakan semoga Ismail cepat sihat dan dipermudahkan segala urusan kami.

“Mana tahu atas sebab doa kalian Allah angkat dan makbulkan untuk anak Anna. Selitkan nama anak Anna dalam setiap solat dan doa kalian… semoga Allah balas semua jasa baik kalian,” ujarnya.

Shahrol dan Anna berkahwin pada 18 Mac 2016. Selain Ismail, pasangan ini dikurniakan anak sulung lelaki bernama Iskandar Rizqi berusia empat tahun.

Shahrol juga mempunyai seorang anak lelaki, Muhd Adam hasil perkahwinan terdahulu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Kredit : Mstar

SebuIanKenal, Kami Setuju Nk Nikah. Bakal Suami 10thn Muda

Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Ok saya kenal kan diri saya lara (bukan nama sbenar), saya nak kongsi kan cerita saya, berkenaan suami saya penghidap h1v positif sebelum tu, saya nak bagitau, tujuan post saya nie, bukan untuk mengaibkan suami mahupon diri saya sendiri.

Tujuan saya, untuk memberi semangat untuk saya, dan doa kn saya semoga terus kuat dengan ujian nie, netizen doa kan saya ye. Saya berkenalan dengan suami saya 1 bulan macamtu, lepastu kite orang setuju untuk nikah, atas dasar suka sama suka.

Perkenalan yang singkat, suami saya muda 10 tahun dari saya, saya 30 tahum suami saya 20 tahun. Nak dijadikan cerita, lepas da berbincang dengan keluarga msing2, untuk kami berkhwin, alhamdullilah semua setuju.

Mula la, untuk saya dan suami, isi borang untuk khwin dan lengkap kan segala2 yang diminta oleh penjabat agama, dalam borang khawin tu ade serta kn sekali dengan borang ujian saringan H1V,

sbelum saya dan bakal suami nak pegi buat untuk ujian saringan H1V nie, lagi 5 hari sbelum nak nikah, malam esok sebelum nak pergi ke klinik buat ujian saringan H1V tu, bakal suami whatsap saya, die bgtau saya, ade benda nak bagitau dan berterus terang dengan saya,

ok saya pon risau la, sebab bunyi macam serius, dalam fikiran saya, tak jadi nak khawin ke, takpe saya kuat kn jugak hati saya nie, saya pon reply whtsap die, dan tye kenapa, ape benda yang nak bagtau tu.

Die minta saya jangan marah, jangan tinggal kan die selepas die berterus terang dengan saya, ok la saya pon ckp dengan die, insayaaAllah saya tak marah, Bakal suami saya bgtau yang die penghidap H1V positif setahun yang lalu.

Allahuakbar, hati saya berkecai mlm tu,sedih teramat sgt, lagi 5hari nak nikah. saya dapat berita yang mcmnie, segala persediaan khwin semua da sedia,, Malam tu saya nangis sepuas nye, saya rse macam dunia ni gelap sekejap, macam2 perasaan ade mase tu, marah, sedih, sakit hati.

Tp saya tak percaya ape yang die bgtau yang die ade H1V, takpe saya bgtau die, esok kite buat ujian saringan H1v, kite tunggu keputusan yang keluar, Saya nak tenggok dpn mata saya sendiri keputusan tu betul ke tak yang awak penghidap H1v positif.

keesokan hari nie ada buat ujian saringan h1v sementara tunggu keputusan keluar dalam hati saya tak henti2 berdoa yang bakal suami saya bukan la penghidap h1v positif,

tak lama lepas tu dokter panggil kami masuk,dokter bagitau keputusn saya dulu, alhamdullilah, saya bebas dri h1v, lepastu dokter bgtau keputusan bakap suami saya, dokter minta saya bertenang bile die bgtau keputusan nie, dlm hati saya memamg da rase tak sedap sgt

saya kuat kn jugak, oke dokter bgtau yang keputusan bakal suami saya sah positif H1V, dengan takfikir ape2, air mata saya laju keluar berjurai, saya nangis teresak2 depan dokter tu, dokter tu reda kn sedih saya, dokter kauseling saya untuk yang pesakit h1v nie,

Dokter bagtau saya suruh fikir masak2 sebelum nak terus kn perkahwinan nie, sebab h1v bukan la benda yang main2, h1v nie boleh benjangkit kat saya dan bakal anak nti, dokter mintak saya buat keputusan msak2, ade lg 5 hari tak terlambat untuk saya buat keputusan klu nak batal kn perkahwinan nie,

saya rse dunia ni gelap, saya nagis sepuas nye, saya ambik mase 1 hari untuk buat keputusan nie, balik dari tu saya luahkan semua dekat family, yang bakal suami saya ade h1v, famly saya semua terkejut, ade yang taks etuju saya terus kn perkahwinan nie, mlm tu saya berdoa,

saya buat keputusan, Keputusan saya untuk terus kan perkhwinan dengan bakal suami saya yang penghidap H1V positif, oke saya terus kan, saya setuju untuk berkhwin dengan die, saya terima die dengan hati terbuka,

Saya ikhlas terima die seadanye, saya da jnji dengan die, apepon jadi saya tetap gn awak, lepas kite khwin saya akan bawak die untuk dapat kan rawatan h1v, Alhamdullilah, sekarang saya dan die dah sah suami istri, saya sgt sayaang kn die, saya iklas terima die seadanye,

walaupun saya tau, penyakit H1V takkan disembuhkan, saya redha dengan semua nie, alhamdullilah sekarang da msuk 1 bulan usia perkahwinan kami, baru je lagi, rutin saya setiap minggu teman suami pergi hospital buat rawatan,setiap hari saya akan ingt kan die makan ubat,

setiap hari jugak saya selalu bg kata2 semanggat untuk die, saya taknak die rse down, saya nak die bhgia, dokter ade bgtau saya, pesakit h1v nie tak macam orang lain, kebanyakan umur tak panjang, sebab dalaman pesakit h1v nie, akan rosak, takpe saya da redha ape yang bakal jdi selepas nie, sementara,

ade mase saya dengan die,,saya sentiasa buat die bahagia, saya nak happy selalu, taknak sedih2, nti bile die takde, saya jadikan semua nie memori untuk saya ingat selalu, Saya tak mintak banyak, tolong doa kan saya sentiasa kuat ye dengan semua nie,dan doa kn semoga ade keajaiban untuk suami saya. Tq admin siarkan kisah saya.

Komen warganet:

Niass: Untuk makluman y belum tahu h1v kalau pesakit tu terima rawatan dengan betul dia boleh ada life mcm org normal biasa ..bila nk ada anak pown doktor akan atur masa y sesuai dan sapa y follow betul2 nasihat doktor diorng boleh dapat ank bebas h1v ..dan isteri yang bebas hiv ..y penting pesakit follow rawatan betul2.

Idzam; Nothing to worried hidup dgn PLH1V ni. Don’t stigma them like penyakit TB and penyakit berjangkit lain. Mmg untuk pt H1V ni belum ada rawatan khusus. Tetapi diorang dibekalkan ubat HAART untuk kurangkan kadar risiko jangkitan dan kadar virus di dalam badan. Kalau diorang maintain makan ubat. Dgn izin Allah not detected sudah. Ramai orang belum sedar dan masih stigma dgn pt H1v. Apa yang mereka perlukan adalah SEMANGAT POSITIF dari orang terdekat.

Nairah: Assalamualaikum. Saya membimbing plh1v dalam menjalani kehidupan mereka dgn sihat jangan risau..sis dan suami blh jalani kehidupan biasa, ada anak dan lain lain secara normal janji suami teruskan rawatan tanpa gagal.

Teknologi rawatan H1v telah lama maju dan plh1v sebenarnya ramai yg sudah berkahwin dgn wanita atau lelaki bukan h1v serta jalani hidup normal cuma sbb stigma masyarakat menyebabkan mereka selesa mengunci mulut ttg virus h1v ini.

Bagi yg tidak faham..boleh belajar.. Bagi yg tidak tahu..boleh ambik peduli.. H1v bukan penyakt atas kifarah semata..ada je plh1v yg lahir dr ibu yg dijangkti suami y tak buat rawatan.. Buang stigma anda dan tambah ilmu anda.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber: IIUM

AkuDapat Suami ChineseLook, Body Fit. Tak Sangka Malam TerakhirKami Bersama Buat Aku MenyesalSeumur Hidup

Foto hanyalah ilusi. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Hi. Nama aku lyn. Maaf kalau story aku panjang sangat. Sekadar meluahkan. Aku berusia menjangkau 30-an, baru bercerai sekitar bulan jun sejurus selepas raya, bekerja dalam bidang professional dan at this point, aku rasa aku lah se-loser loser manusia.

Aku kahwin sekitar umur aku 20 tahun++. Nama suami (now ex) aku dani. Aku berjumpa dani masa aku praktikal. Lepas praktikal aku diserap masuk company yang sama. Sampai sekarang, aku dan dani masih bekerja dalam company sama, cuma beza tingkat dan department. Dani tua aku 3 tahun. Our relationship was mutual.

Dia suka aku, aku suka dia. Lepas beberapa bulan kenal, dia ajak aku kahwin. Masa masih berkenalan, ada dia mention yang dia pernah tunang dan putus. Ex tunang dia nama ameera. Dani dan ameera kenal dari kecik. Bercinta dari sekolah rendah, sekolah menengah bertunang, then putus tunang masa final year di university.

Sebab, ameera dikahwinkan dengan seorang ustaz. Masa ni, itu je yang aku tahu pasal ameera. Since benda tu dah berlalu, ameera pun dah kahwin, aku tak soal dani lebih2.

So aku n dani got married. Dani memang lelaki yang baik. Jaga solat, baca quran hampir setiap hari, bagi nafkah setiap bulan, sama2 buat kerja rumah dan memang bertanggung jawab lah kira. Masa aku admitted hospital sebab appendix, dia jaga aku siang dan malam.

Rumah tangga kami pun happy, tak banyak masalah walaupun tak dikurniakan anak. Kami jarang gaduh, kalau gaduh pun sikit2 misunderstanding macam tu je. Sejujurnya, memang aku cintakan dani sangat2. Dia jenis lelaki yang memang aku idamkan selama ni. Secara fizikal, dia memang good looking. Sedangkan aku ni biasa2 je.

Dia chinese look, kulit putih, tinggi, very athletic, rambut panjang yang diikat rapi. Seriously rambut dia cantik. Cantik dari rambut aku yang wanita ni.Kisah aku bermula di sini. Lepas beberapa tahun berkahwin, ameera muncul dalam hidup kami. Ameera kerja sama kawasan dengan ofis kami. Dani terserempak dengan ameera masa keluar lunch.

Kami memang lunch asing2 sebab masing2 ada geng sendiri di ofis. Bila dia terserempak dengan ameera, terus dani tegur then exchange number. Aku tahu, sebab dani yang cerita sendiri pada aku lepas balik kerja hari yang sama. Aku dan dani memang selalu communicate. Sebelum tido akan cerita what happen to each other that day.

Kalau difikirkan balik, relationship aku dan dani, sangat lah healthy. Tapi still jodoh masih juga tak panjang. Anyway, dari hari tu dani selalu text ameera. I read all of their texts. Rupanya ameera dah diceraikan. Sebab tu dia bekerja. Sebelum ni dia duduk rumah.

Suami tak izin bekerja. Then suami dia macam terjebak dengan satu movement ni, terus ceraikan ameera bila ameera tak mau join dia. Ameera dah ada 3 orang anak masa ni. Semua anak2 dia ikut dia. Ameera sangat lah pandai dalam pelajaran. Sebab tu dia senang dapat kerja lepas bercerai. Tambah pulak dengan muka dia yang sweet sangat. Sumpah cantik.

Nak banding dengan aku ibarat tong sampah dengan bunga la. Walaupun anak 3, masih maintain macam anak dara. Ameera jenis perempuan melayu terakhir tau. Lembut, asik senyum je dan badan kecik2. No wonder dani sayangkan dia.

Lepas around 6 bulan kot dani jumpa ameera, dani decided untuk memperisterikan ameera. Around that 6 months, aku tahu semua pasal depa. I know because dani told me everything . Keluar lunch setiap hari. Text setiap hari kecuali masa dani di rumah.

As a wife, memang masa ni aku down sangat. Dalam pada dani merendek dengan ameera, aku dapat accept sebab dani jujur sangat. Tak pernah dia tipu aku. In fact masa awal2 dia jumpa ameera, dia confess yang dia tak pernah lupakan ameera. Ayat dia, “there weren’t a day goes by that i didn’t think about her”.

Bila aku soal, why did u marry me then? Dia jawab, for the sake of moving on. Aku terdiam. Tak tahu nak cakap apa. Bila aku tanya dia sayangkan aku tak, dia cakap memang dia sayang, sebab aku wife dia. Tapi yang betul2 dia cinta is ameera.

Masa ni macam2 cara aku buat untuk dani cintakan aku. Aku cantikkan diri aku sendiri, aku layan dia betul2, aku literally beli buku cara memikat suami dan apply segala benda yang aku baca dan aku cari gali dari Internet.

Aku surprise kan dia dengan honeymoon, birthday dan macam2 lagi. Aku ubah diri aku seubahnya. Aku cuba jadi diri sendiri with the hint of ameera. Aku solat, aku doa sesungguhnya supaya dani cintakan aku lebih dari ameera.Tapi dani macam tu jugak. Seolah2 sia2 usaha aku selama ni.

Honestly, walaupun tengah hangat bercinta dengan ameera, tak pernah kurang sedikit pun layanan dani kat aku. Masih bertanggung jawab macam selalu. Layan tengok movies setiap weekend, masih jalan berpegangan tangan dan memang macam normal lah. Walaupun macam tu, aku tahu, jasad dia dengan aku. Hati, dengan ameera. Dani masih baik di mata aku. Langsung tak sakitkan hati aku.

Sebab tu, lepas setahun kenal ameera, lepas aku puas berusaha memikat dani, aku izinkan dia kahwin dengan ameera. Masa dia nikah, i was there. Cuma masa sanding aku tak ada sebab majlis cuma buat sebelah perempuan. Malas lah nak attend. So bermula lah kehidupan aku bermadu.

Turn kami seminggu sekali. Seminggu di rumah aku, seminggu di rumah ameera. Tinggal apartment berdekatan. Walking distance lah kira. Sebelum dani kahwin dengan ameera, aku dah pesan, aku tak nak berkenalan dengan ameera. Im okay with her, cuma aku tak mau rapat2 macam bini2 ashraf muslim tu.

Cukup la sekadar tengok dari jauh. Sebabnya, aku jadi down bila tengok kesempurnaan ameera. Bagai langit dengan bumi nak dibandingkan dengan aku. Jealous much? Maybe.

Dani memang berlaku adil. Tapi, somehow aku tetap rasa tak best. Rasa memberontak. Aku asyik cari pasal dengan dani. Mungkin aku nak perhatian dia. Dani layan aku macam biasa. Tapi hati ni still tak tenteram. Ntah la. Susah nak describe benda ni. Apa yang mampu aku describe, aku rasa macam melukut di tepi gantang.

Memang dani ada dengan aku, baik dengan aku, tapi aku tak rasa macam dani tu aku punya. Its like, aku ni third wheel dalam relationship dani dan ameera. I dont feel like aku dan dani is in a team anymore. Rasa macam tergantung. Rasa macam penuh, tapi kosong. Faham tak apa aku cuba sampaikan ni?

This is why aku pilih untuk undur diri. Dani mintak aku fikir sedalam2nya. Aku tak mampu nak bendung perasaan aku sendiri. Aku pilih untuk korbankan perasaan aku sendiri supaya dani boleh berbahagia dengan ameera. Betul lah kata orang, menyayangi tak semestinya memiliki. Aku redha seredhanya.

Masa malam last aku dan dani berbincang dalam bilik, tak satu pun air mata aku terjatuh depan dani. Aku salam dani, aku mintak ampun pada dani kalau aku ada dosa dengan dia selama aku bergelar isteri dia, dia cakap, tak ada sekelumit dosa pun.

Dia pun mintak maaf sebab tak mampu cintakan aku sepenuhnya. Dani mintak maaf sambil gengam, cium dan nagis di tangan aku. Aku terkaku, sebab aku baru perasan, itu lah first time aku tengok dani menangis. Dani cium dahi aku, bagi salam, kemudian keluar dari rumah.

Saat aku tak dengar lagi kaki dia melangkah, terus aku peluk diri aku sendiri. Aku tekapkan bantal pada muka aku, aku jerit, aku nagis semahunya. Harapan aku masa ni supaya dani patah balik. Tengok sayang, im in pain. Come back and pick me. Pilih la aku balik. Terima la aku balik. Cakap dengan aku, kau sayangkan aku bukan ameera. Love me, not her.

Tapi apakan daya, aku kalah. Dani never returned. Masa ni i was in my period. Nak solat, pun tak dapat, sentuh quran pun tak boleh. Selama 3 hari aku menagis. Aku tak makan, aku minum je. Aku nagis, aku tido, bangun tido, nagis sampai tertido balik.

Sampai la parents aku sampai rumah. Aku dah longlai, busuk 3 hari tak mandi, terbaring macam orang gila atas katil. My parents pick me up. Mak aku mandikan aku, setiap kali dia halakan shower kat aku, terkumat kamit aku dengar mak aku berselawat dengan suara terketar-ketar menahan tangisan dia sendiri.

Aku rasa, jiwa mak aku jugak hancur tengok penderitaan satu2nya anak perempuan yang dia ada. They said nothing. Depa mai rumah aku sebab dani told them everything the day after he left me. 2 hari tak angkat phone, sebab tu depa mai to check on me.

Parents aku bawak aku balik kampung. Abang2 aku kemaskan rumah aku, carikan rumah sewa baru dan pindahkan aku ke rumah lain supaya aku dapat move on. Sebulan aku cuti, tinggal dengan mak bapak aku. Kutip sendiri sisa – sisa kekuatan yang masih ada. Dalam masa sebulan tu jugak penceraian aku disahkan.

Cepat, sebab aku dan dia bekerjasama dengan elok. Aku wakilkan bapak aku untuk berhubung dengan dani. Day 1 aku masuk kerja, aku kuatkan diri. Memang berat langkah aku, tapi sebulan tinggal dengan mak bapak aku, sebulan tu jugak mak bapak aku kuatkan semangat aku.

Alhamdulilah, dengan kekuatan yang dibekalkan oleh parents aku, aku boleh lagi melawan perasaan aku. Aku kuat melangkah, tapi jiwa aku seakan mati. Sepi, ketandusan. Aku tekan lift, menuju ke tingkat 11. Masa aku melalui tingkat 5 di mana ofis dani berada, aku rasa berdebar.

Mengharap pintu lift terbukak dan dani menunggu di pintu. Tapi lift mendaki laju sampai ke ofis aku. Sampai aku di ofis, kawan2 aku tersenyum. Memeluk dan mengusap kepala aku. Aku bersyukur sangat aku direzekikan dengan kawan2 ofis yang baik dan memahami.

Tak seorang pun bertanya apa yang berlaku. Semua mendoakan aku kuat, mendoakan aku melalui ujian Allah dengan tenang, memesan berkali – kali mereka ada jika aku perlukan pertolongan.

Seminggu berlalu tanpa bayangan dani. Setiap kali sampai ke ofis, aku akan melalui tapak kereta dani. Aku tatap kereta dani. Menatap kereta berwarna putih nya dah cukup buat aku tersenyum. Teringat masa aku duduk di kerusi penumpang sebelah dani.

Dani sentiasa serious masa memandu. Bahaya jika terleka katanya. Selalu aku ditegur jika tidak memakai tali pinggang. Kadang2 sengaja aku tak pakai, saja mahu bermanja apabila ditegur.

Hari isnin menjelma, hari yang paling aku tunggu. Setiap isnin seluruh ofis akan mengadakan perhimpunan pagi. Dani sebagai head of department akan berada di hadapan. Hari isnin tu aku awal ke perhimpunan. Dari tempat aku berdiri, aku kaku memandang dani di hadapan. Sebulan lebih tak berjumpa, rasa macam nak lari dan peluk dani seerat2nya.

Rindu sangat. Tapi aku tak mampu. Dani terpandang aku, senyum, aku memandang tempat lain. Senyuman manis itu tak sangup aku balas. Sebab aku perlu melindungi diri aku sendiri. Melindungi perasaan aku. Selepas perhimpunan, aku update status whatsapp buat pertama kali, I NEED TO KEEP STRONG. 1 minit selepas tu, dani membalas, May Allah ease your way.

Aku kaku lagi, berdebar jantung, berkaca mata aku dengan tangisan sendiri. Kenapa perlu kau reply??? Kau faham tak kau dah menggangu perasaan aku?? Aku benci, tapi at the same time aku terharu. Dani masih ambik berat pasal aku.

Aku reply, terima kasih. Blue tick. Ikutkan aku mengharap sangat dani reply lagi lebih lanjut. Aku nak main text dengan dia lagi. Aku rindu sangat sangat. Menitik lagi air mata aku. Spoil mood aku sepanjang hari. Mulai hari tu, hari2 aku update status whatsapp aku. Selalu aku tunggu sama ada dani online ke tak. Bila dia online, terus aku update status.

Bila dani view, aku rasa berbunga hati. Oh ya, dani tak ada insta dan fb. Whatsapp saja. Sebab tu aku hanya gunakan whatsapp untuk menagih perhatian dani. Walaupun sekadar view status whatsapp, tp dah cukup buat aku hepi. Cukup buat aku rasa dani tahu aku wujud. Setiap kali dani view, aku tengok nama dani di senarai viewed status aku.

Dari bulan 7, sampai hari ni, itu lah rutin aku setiap hari. Update status, tunggu dani view. Hepi bila dia view, tak keruan kalau dia online tapi tak view. Dulu dia selalu reply, sekarang langsung tak reply. Sekadar view. Aku pun tak tahu kenapa. Bosan agaknya aku asyik update status. Aku tahu, aku sedar, memang aku pathetic. Tapi itu ja cara untuk aku rasa macam dia beri perhatian pada aku.

Hingga pada saat ni, aku masih menunggu perhimpunan isnin untuk aku tatap wajah dani walau untuk 15minit. Setiap kali melalui tingkat 5, aku mengharap lift terbuka dan dani berdiri di depanya, setiap kali aku melalui kereta dani, aku mengharap untuk pulang dengan dani. Tapi semua pengharapan yang kosong.

Menyedihkan hidup aku. Aku sedar. Aku masih mengumpulkan kekuatan untuk aku lupakan dani. Aku dah mintak transfer ke cawangan lain. Aku sayang nak tinggal kan kawan2 ofis aku yang baik sangat. Tapi i have to do it. I have to protect myself. Aku kena lupakan dani untuk aku terus kedepan.

InsyaAllah, bulan depan aku transfer ke cawangan yang lebih dekat dengan kampung aku. Pada saat ni, aku cuma mengharap yang baik2. Muhammad daniel, I’m sorry. Tapi, i really love u. I’m sorry. – Lyn –

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber: IIUM

Heb0hKemelvt Antara Syafiq AhmadDan TMJ, Ini Kron0logiBagaimana Ia Bermvla

Ramai yang berteka-teki, mungkin disebabkan oleh rasa kurang dipilih untuk bermain di atas padang menyebabkan kemelut Syafiq Ahmad dan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim terjadi. Bagi yang tidak tahu bagaimana kemelut ini terjadi, ini kronologinya dari mula.

Pada Sabtu (21/8/2021) baru-baru ini, pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Syafiq Ahmad telah menyatakan kegembiraannya setelah melihat perlawanan pasukan JDT menentang PJ City.

“Seronoknya tengok kawan-kawan main bola”, ciap Syafiq.

Dia kemudiannya memuat naik ciapan yang ringkas sahaja tetapi ianya didengari kurang profesional bagi seorang pemain kelab bola sepak JDT.

“Ni Kelab Bola Sepak, Bukan Kelab Kebajikan Sosial”- TMJ

Tidak berdiam diri melihat ciapan Syafiq, TMJ membalas semula menerusi story Instagram. Ujar TMJ, kelab bola sepak merupakan tempat untuk pemain berlatih dan bekerja keras untuk karier mereka.

“Ni kelab bola sepak, bukan kelab kebajikan sosial. Siapa train bagus, kerja keras dia main. Siapa tidak dia tak main. Tak suka? Pintu terbuka. Ini bukan penjara. Simple.

Dalam JDT siapa kerja keras in training dan perform dia main. Siapa nak challege dalam carrier dan title come to JDT. Takda orang paksa”, balas TMJ.

Tambah baginda, jika ada pemain yang tidak suka berada dalam kelab tersebut, mereka bebas untuk keluar daripadanya dan memilih kelab lain. Tegasnya lagi, bagi pemain yang bekerja keras dan menunjukkan prestasi, mereka dibenarkan untuk bermain mewakili JDT.

TMJ Dedah Pilihan Di Tangan Pemain

Pada masa yang sama, TMJ turut menegaskan setiap pemain mempunyai pilihan mereka tersendiri. Akuinya ketika mahu menyertai kelab JDT, setiap pemain sudah tahu tentang syarat dan polisi kelab tersebut.

“Semua pilihan atas tangan pemain. Masa buat keputusan join JDT pun anda dah tahu syarat dan policy club. Last uear dan tahun sebelum itu kerap dapat main. Tetapi selepas insiden peristiwa pahit, you’re not the same.

Kami beri masa, support, monitor. Jikalau tidak puas hati atau setuju jumpa. Communicate. Bukan tweet”, tulisnya.

Kongsi TMJ, sejak insiden kemalangan yang meragut nyawa ibu dan anak Syafiq, pemain itu diberikan masa dan dipantau sehingga pulih.

Gara-Gara Ikut Perasaan, Syafiq Mohon Maaf

Melihatkan balas TMJ, Syafiq dengan segera memohon maaf atas tindakannya itu. Akuinya, dia berasa terlalu emosi dan tidak memikirkan kesan selepas memuat naik ciapan itu.

“Saya mengaku saya tidak sepatutnya bertindak mengikut emosi dan seharusnya fikir di mana kesilapan saya selama ini”, tulis Syafiq.

Dedahnya lagi, TMJ merupakan individu yang banyak membantunya dalam karier sebagai seorang pemain bola sepak.

TMJ Beri Pesanan

Tidak mahu memanjangkan kemelut mereka, TMJ berharap Syafiq untuk berfikir terlebih dahulu sebelum membuat tindakan yang memberi kesan pada kariernya.

“Lain kali nak buat apa-apa fikir dulu. Kita gentleman.”

Pesanan juga pada orang ramai untuk berfikir terlebih dahulu dalam apa jua perkara sebelum melakukan sesuatu perkara.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: murai

Nora Danish Dipertikai Keluar Mak4n Bawa Anak, Sekali Boss Ned Masuk Kena Sound

Meskipun seluruh Malaysia masih lagi di bawah Pelan Pemu.lihan Negara (PPN), namun beberapa kelonggaran telah mula diberikan satu persatu setelah mengambil kira kadar vaksi.nasi. Kemudahan-kemudahan ini pula diberikan kepada individu yang sudah lengkap 2 dos va.ksin.

Makan malam di luar sebelum anak-anak start persekol.ahan semula

Sebagai seorang yang telah menjalankan tanggungjawab menerima vak.sin, Nora Danish dan juga suaminya Boss Ned turut sama menikmati kelonggaran yang telah diberikan. Menerusi Instagram, pela.kon tersebut dilihat telah membawa anak-anaknya bersama untuk makan di luar setelah sekian lama.

Sana dah boleh dine in bawa anak keluar ramai-ramai macam ni ke?

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa komen neti.zen di post berkenaan yang mempertikaikan tindakan Nora sekeluarga. Malah ada juga yang melemparkan kata-kata tohmahan kono.nnya artis sahaja boleh sewenang-wenang.nya keluar membawa anak untuk keluar ke tempat awam.

Allah bagi otak untuk fikir…Bila KKM & MKN bagi announcement rajinlah membaca

Geram dengan komen-komen yang tidak berasas tersebut, Boss Ned tampil membalas dengan teguran keras. Jelasnya, individu tersebut sepatutnya lebih peka dengan sebarang pengum.uman terbaru daripada pihak KKM serta MKN mengenai kelonggaran SOP. Ibu bapa yang sudah lengkap 2 dos vaks.in dibenarkan memb.awa anak-anak di bawah 17 tahun keluar bersama.

sumber: kisahdunia