Sambut Dengan Erra Fazira, Giliran Keluarga Nabila Pula Raikan Hari Lahir Engku Aleesya Mummy Mula Menyiapkan Sejak Semalam & Masak Hidangan Kegemaran

Selepas menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-12 bersama ibunya, primadona Erra Fazira, giliran Engku Aleesya dengan keluarga tirinya pula iaitu Noor Nabila dan Jebat Jayden Ahmad.

Menerusi Instagram (IG) Engku Emran, dia ada memuat naik foto bersama Aleesya dan Nabila ketika majlis sambutan yang diadakan di rumah, semalam.

Dalam kapsyen yang ditulis, Engku Emran terharu kerana seluruh ahli keluarga Nabila berganding tenaga untuk meraikan hari bahagia anak tunggalnya itu.

“Terima kasih banyak kepada semua yang mengatur ulang tahun untuk Aleesya malam ini. Terutama Mummy yang mula menyiapkannya sejak semalam dan memasak hidangan kegemaran Aleesya, Briyani Ikan yang mewah.

“Aunty Sara untuk kek angsa, deko dan hadiah yang indah, Aunty Nellisa, Aunty Athisha dan Aunty Ameera untuk hadiah dan banyak membantu Mummy.

“Dhadi terima kasih atas doa tulus yang awak baca dan hadiah yang indah,” tulisnya.

Sementara itu, ibu kepada usahawan Neelofa iaitu Noor Kartini turut berkongsi rakaman video di Instagram Stories miliknya.

“Malam ini kita sambut hari lahir Aleesya. Sedapnya nampak kek. Ini kek kegemaran daddy Aleesya, ini Dhadi Aleesya dan ini mama suka cantiknya kek,” katanya.

Engku Emran dan Nabila sah menjadi pasangan suami isteri hanya dengan sekali lafaz di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail pada 19 Mac lalu.

Terdahulu, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan Erra Fazira dan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella namun berakhir dengan perc.eraian.

Menerusi perkahwinan dengan Erra, mereka dikurniakan anak perempuan, Engku Aleesya, manakala perkahwinan dengan Laudya tidak dikurniakan anak.

Nabila pula pernah berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad, namun bercerai Julai tahun lalu. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan anak lelaki, Jebat Jayden Ahmad.

Sumber : Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Tak nak komen lebih2, Ika Nabella sikap sebenar Nonny Nadirah yg ramai tidak tahu

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini. Setiap orang ada masalahnya tersendiri, Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.

Sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Hanya Allah sahaja maha mengetahui sebabnya itu. Jadi, janganlah kita menjadi ‘penghukum’ dalam sesuatu ujian yang menimpa seseorang insan.

Begitulah seperti yang dihadapi oleh seorang bekas peserta Akademi Fantasia ini iaitu penyanyi Nonny Nadirah.

Masih belum reda kontroversi perubahannya gara-gara memuat gambar seksi di laman Instagram miliknya beberapa hari lalu, kini timbul pula isu baru mengaitkan penyanyi berusia 32 tahun itu.

Apa dah jadi, Nonny?

Setelah memadam gambar seksi itu di Instagram, semalam Nonny memaparkan semula gambar tersebut dan memuat naik sekeping gambar baru memperlihatkan dirinya berkemban dalam besen dipenuhi air pula.

Tak dinafikan lagi, ramai terkejut dengan perubahan drastik Nonny yang cukup dikenali dengan imej berhijab itu dan ia sekaligus telah menarik perhatian ramai rakan artis serta netizen di laman sosial.

Tidak terlepas ditanya tentang perubahan Nonny, pelakon Ika Nabella turut terkena tempiasnya. Justeru itu, dia memuat naik satu perkongsian di laman Instagram bagi menjelaskan berkenaan isu melibatkan sahabatnya itu.

Tak mahu menghukum Nonny

Menurut Ika, dia hanya memerhati apa yang berlaku terhadap sahabatnya tetapi mengambil sikap berdiam diri kerana baginya setiap manusia akan melalui jatuh bangun sebegitu

“I nak habaq, toksah lah dok cari I. Tak payah Whatsapp I update apa2. Bukannya I takdak IG dia. Takkan sebab I tak komen apa-apa, tak post hampa ingat I tak tau apa jadi?

“Ia mengecewakan. I nangis bila fikir tentang dia sejak ‘posting’ pertama lagi tapi I tak nak cakap dengan sesiapa. I tak mau ulas apa2 sebab I manusia biasa.

“Mata kasar kita nampak je kita semua berbeza, apa kita lalui berbeza. Nikmat & dugaan hidup kita juga berbeza. Tapi hakikatnya, kita semua sama. Kita pendosa, cuma Allah tutup aib kita. Bagi dia masa.. Dia akan okay,” luahnya di ruangan kapsyen.

Sejak awal dia tahu tentang perubahan Nonny, dia menangis dan berasa sangat kecewa terhadap berita tersebut. Namun, dia juga merupakan seorang manusia biasa dan seorang pendosa, siapalah dia untuk menghukum seseorang?

“I kenal hati budi Nonny, dia tak macam tu”

Pemilik nama Ika Nabila Abdul Rahim itu menyatakan dia mengenali siapa Nonny Nadirah yang sebenar. Sejujurnya, Nonny merupakan seorang yang baik dan sopan. Nak pakai seluar pendek pun tak reti, singlet pun tak tahu pakai, katanya.

“I kenal hati budi dia. Dia tak macam tu. Kalau dulu I yang selalunya tak baik. Dia pakai seluar pendek pun tak reti. Singlet pun tak tau pakai I yang mengajar dia fesyen bodoh.

“Dia tak pernah nak ikut pun. MALU dia kata.. Dia ada prinsip. Dia tau tujuan hidup dia. Dia tau siapa diri dia, siapa keutamaan dia,” tulisnya lagi.

Malah, Ika sempat mendedahkan peribadi sebenar Nonny bahawa kelemahan dimiliki sahabatnya itu adalah dia suka memendam segala masalah yang dihadapi seorang diri sehingga akhirnya meletus.

Baginya, mungkin ada sesuatu yang terjadi terhadap Nonny sehingga membuat keputusan untuk berubah sebegitu rupa. Hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang dialaminya.

Selain itu, bintang drama Gerak Khas itu turut menitipkan pesanan istimewa buat sahabatnya agar menjaga diri baik-baik dan jika Nonny memerlukan telinga untuk mendengar dan bahu untuk bersandar, hubungi sahaja dirinya.

Terdahulu, Nonny mencetuskan kontroversi dengan memuat naik gambar memperlihatkan seorang wanita mirip dirinya sedang berkemban di dalam besen dipenuhi air.

Bagaimanapun, masih tiada sebarang jawapan daripada empunya diri tentang gambar-gambar berkenaan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber: Instagram Ika Nabella

Shukri Yahaya Usik nak bawa naik beIon panas, Iihat reaksi Sharnaaz Ahmad

Pastinya video tersebut menjadi bualan dan gurauan sesetengah pihak berikutan tindakan yang rare serta akan terus dikenang selamanya.

Isu belon udara panas

Namun begitu, tular pula satu video rakaman IG Live Sharnaaz Ahmad dengan rakannya yang juga pelakon terkenal, Shukri Yahaya yang bergurau mengenai belon udara panas.

Menerusi rakaman yang dimuat naik kembali oleh satu akaun TikTok dikenali sebagai @mohdafeef_, Shukri berseloroh mahu membawa Sharnaaz menaiki belon udara panas sambil memeluknya.

Gurau bapak2

Gurauan tersebut disambut dengan wajah geli dari Sharnaaz dan respon mencuit hati daripada warganet yang meninggalkan komen di ruangan IG Live tersebut.

Kemain perli dia

Menjengah ke ruangan TokTok berkenaan, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan berasa terhibur mendengar celoteh mereka berdua.

Memasing tingtong Sedih pun steady gelak2

Paling win kena perli Yang mana tak faham tu terangkan sat

Sharnaaz serta Shukri sememangnya kerap melakukan IG Live bersama dengan bersembang sesama mereka dan turut menyapa peminat yang meninggal komen diruangan tersebut.

Umum sedia tahu bahawa Sharnaaz merupakan bekas suami kepada Noor Nabila yang sudah berkahwin dengan Engku Emran pada dau minggu lalu.

Walaupun sudah berpisah, pelakon lelaki tersebut tetap mendoakan yang terbaik buat bekas isterinya dan mengucapkan selamat pengantin baru buat Noor Nabila dan Engku Emran.

Pernikahan Noor Nabila dan Engku Emran pagi tadi menjadi bualan hangat netizen. Walaupun kedua-dua mempelai ini bukanlah selebriti, namun masing-masing mempunyai pengikut mereka tersendiri.

Terbaru, syarikat belon panas akhirnya kongsi foto lamaran Engku Emran kepada Noor Nabila yang telah disimpan sejak sekian lama. Sweetnya sampai atas awan melamar!

Memang sweet betul!

Selepas menyimpan rahsia sekian lama, akhirnya kami dapat kongsikan perkara ini kepada semua orang. Tahniah diucapkan kepada Engku Emran dan Noor Nabila atas perkahwinan pagi tadi. Kami turut tumpang bahagia ke atas kedua mempelai ini.

Menurut syarikat belon panas tersebut, pihak mereka sudah merahsiakan lama perkara ini atas permintaan mereka. Malah rancangan untuk melamar Nabila juga disimpan kemas oleh adik Nabila iaitu Atisha Khan dan Engku Emran sendiri.

Kami dengan senang hati dapat tahu bahawa kejutan ini menjadi. Kami turut mempersembahkan penampilan istimewa daripada penyanyi, Ferhad dengan beberapa lagu semasa majlis lamaran itu.

Bukan sahaja kejutan menaiki belon panas, malah mereka juga menjemput penyanyi Singapura, Ferhad bagi memeriahkan lagi suasana romantis tersebut.

Kejutan demi kejutan

Rata-rata di ruangan komen melahirkan rasa gembira kepada pasangan pengantin baru yang baru diijabkabul pagi tadi. Tak kurang juga yang mendoakan agar perkahwinan kali ini kekal hingga ke syurga. Memang sweet betul Engku Emran, patutlah Nabila sayang kan?

Terdahulu Noor Nabila tampil dedahkan cerita bagaimana dia kenal dengan Engku Emran sampai mereka bole bernikah

Kuala Lumpur: Noor Nabila Mohd Noor, 36, men.afikan dia dan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 46, mengikat tali pertunangan seperti did.akwa sebelum ini.

Nabila yang melangsungkan pernikahan dengan Engku Emran pagi tadi berkata, dia mula mengenali ahli perniagaan itu pada Ogos tahun lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: ohmymedia

Mengapa perlu dibantu ketika insan lain dikatakan lebih memerlukan, ini reaksi Norlia Ghani

Hilang sumber pencarian apabila industri kreatif ‘lumpvh’ pada fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tahun lalu, anak seni termasuk artis veteran dan kru masing-masing bergelut meneruskan kehidupan pada era mencabar ini.

Bintang veteran, Norlia Ghani berkongsi cerita hidupnya yang tidak terkecuali mula merasa kesan daripada penularan COV1d.

Mengaku kecil hati apabila segelintir netizen menempelak mengapa artis ‘sengkek’ hingga perlu dibantu, Norlia yang cukup popular dengan watak ‘Joyah’ dalam drama bersiri Opah terbitan 1980-an, bersyukur masih ada pihak yang prihatin dengan penggiat seni.

“Cucu pernah beritahu mengenai komen netizen terhadap artis mengapa teruk sangat meminta-minta bantuan umpama ‘sengkek’.”

“Hakikatnya, kita tidak meminta, sebaliknya, ada pihak yang bermurah hati memberikan pertolongan,” katanya yang memilik tujuh cucu.

Ditemui pada majlis santai ‘Dari Hati Ke Hati’ anjuran Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) di ibu negara, baru-baru ini, Norlia mengaku kurang menerima tawaran berlakon sejak COVID-19 menular.

“Sebagai pelakon veteran, situasi lebih teruk dan terlebih ‘bah4ya’ apabila tawaran berlakon kurang diterima,” katanya kepada BH Online.

Norlia berkata, dia masih memerlukan pendapatan bagi membayar sewa rumah, bil elektrik dan air serta keperluan kos hidup lain.

“Barangan keperluan dapur boleh diusahakan di mana anak saya juga membantu. Tetapi saya perlu wang untuk menampung kos hidup,” katanya yang pernah merangkul trofi Artis Komedi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2002.

Sementara itu, pemain dram kumpulan Sons of Adam, Ruzlan Omar akur operasi kelab malam belum mendapat kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) biarpun hilang sumber pendapatan.

“Kami sebagai artis yang membuat persembahan di kelab malam, tidak mahu ‘kacau’ pasaran artis jalanan yang dibenarkan beraksi di premis tertutup.”

“Namun, saya bersyukur, rezeki masih ada biarpun tidak banyak. Sejak fasa pertama PKP, saya mencari rezeki dengan menjual minyak wangi mesra solat,” katanya yang mengaku dibantu anak-anak untuk menyara hidup.

Sementara itu, Presiden KARYAWAN, Datuk Freddie Fernandez, berkata tidak adil memberi tanggapan semua anak seni perlu ‘disuap’ ketika berdepan impak penularan COVlD.

“Jangan ingat semua artis Malaysia kaya. Segelintir sahaja yang hidup mewah. Macam sekarang, bukan semua golongan seni boleh meneruskan survival.”

“Sekarang, pelakon boleh bekerja kerana penggambaran dibenarkan. Namun, ada pekerja seni lain seperti penyanyi kelab dan jalanan serta artis veteran yang berdepan kesukaran,” katanya.

Freddie berkata, sejak lapan tahun lalu, KARYAWAN mengambil inisiatif membantu penggiat seni sama ada melalui tabungan sendiri atau sumbangan badan lain.

“Awal tahun ini, Yayasan Aeon Malaysia tampil menghulurkan bantuan. Untuk tempoh enam bulan, Aeon memberi bantuan pek barangan dapur diagihkan kepada 500 ahli,” katanya.

Selain Norlia dan Ruzlan, artis veteran lain seperti S Rohani; Asheed Def Gab C dan penyanyi jalanan, Bob Sentuhan turut menghadiri sesi berkenaan.

Tidak ketinggalan, Presiden Yayasan Aeon Malaysia, Datin Yasmin Ahmad Merican.

Persenda Norlia Ghani, ‘Rosmah’ dik3cam teruk. Sekali Anak Saudara Masuk Komen

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai perkongsian gambar daripada seorang individu yang amat mengagumi kejelitaan yang dimiliki oleh model dan pelakon, Kavita Sidhu meski pun ketika ini usianya telah mencecah 49 tahun.

Menurut individu berkenaan, wajah yang dimiliki oleh Kavita kelihatan seakan-akan seperti tidak mamah usia selain turut memiliki tubuh yang langsing.

“Kavita Sidhu umur 49. Korang umur 30 dah serupa Norlia Ghani,” tulisnya di laman Twitter

Bagaimanapun, tweet tersebut nyata mengundang rasa kurang senang di hati segelintir pihak yang menyifatkan berbandingan tersebut seolah-olah mempersendakan pelakon senior tersebut.

Turut sama meluahkan rasa kec3wa terhadap entry berkenaan adalah anak saudara kepada Norlia yang dikenali sebagai Januar Haikal.

Menerusi perkongsian di laman Twitter, Januar memberi tahu, ibu saudaranya itu telah berkerja dengan keras di sepanjang usianya dan dia jelas berasa agak sedih melihat perbandingan tersebut.

“Norlia ghani is my auntie. And she works really really hard at her age. I don’t know what and how to feel when i see this kind of comparison.”

“May Allah bless you. I hope you get all the attention you have ever wanted,” tulisnya.

Insiden tersebut kemudiannya telah menyebabkan nama Norlia Ghani menjadi sebutan selain turut trending di platform Twitter sejak tengah hari tadi.

Ciapan seorang pengguna Twitter yang mempersendakan pelakon veteran, Norlia Ramli.

“Norlia Ghani is my auntie (Norlia Ghani ialah ibu saudara saya). And she works really hard at her age (dan dia bekerja keras pada usianya). I don’t know what and how to feel when I see this kind of comparison. (Saya tak tahu dan nak rasa rasa bagaimana bila saya saya nampak perbandingan sebegini).”

“Semoga Allah merahmati anda.”

“Saya berharap anda dapat semua perhatian yang anda mahukan. Doakan auntie Norlia Ghani supaya dia dimurahkan rezeki dan panjang umur serta sentiasa dilindungi Allah SWT. Terima kasih kerana menghargai bakat beliau,” ciap Januar.

Disebabkan isu yang menjadi sohor kini dalam Twitter, netizen mula mengenang drama, iklan dan filem yang pernah dijayakan Norlia.

Norlia atau nama lengkapnya, Norlia Ghani Abdul Hamid, kini sudah berusia emas iaitu 72 tahun. Beliau juga merupakan ibu kepada pelakon terkenal, Rusdi Ramli.

“Norlia Ghani ini pun mak iklan susu pekat dan mak iklan sabun pinggankan?,” ciap seorang netizen terus mengenang nostalgia.

Norlia cukup dikenali rakyat Malaysia sebagai dramatis hebat yang tidak pernah gagal membawakan watak air mata. Antara drama lakonannya yang berbekas dalam ingatan khalayak, termasuklah Quran Bu-ruk, Liang L4had dan Tanah K-bur.

Sumber: Berita Harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!