Comelnya Yunos Laith, anak Bongsu Lisa dan Yusri

Terbaru Yusri abd Halim ada memuat naik gambar terbaru keluarganya yang mana kali ini menampakkan muka comel anak kecilnya.

posting Yusri

yusryabdhalim

Nobody’s birthday. No special occasion. Just the 5 of us staying safe at home. Stay safe semua

sebelumnya,
SELEPAS seminggu dilahirkan, pasangan selebriti Datuk Yusry Abdul Halim dan Datin Lisa Surihani akhirnya bersedia berkongsi nama cahaya mata ketiga mereka kepada umum.

Berkongsikan perkara itu di Instagram, Lisa, 35, dan Yusry, 48, sepakat menamakan anak lelaki mereka itu sebagai Yunos Laith.

“Assalamualaikum. Kami ingin perkenalkan adik kami yang genap berusia tujuh hari. Nama dia Yunos Laith Yusry.

“Nama Yunos diambil sempena nama nabi dan Laith pula membawa maksud berani sepe.rti sang singa,” tulis Lisa di Instagram.

Usia perkahwinan Lisa dan Yusry sudah mencecah sembilan tahun.

Mengiringi kapsyen itu ialah foto dua lagi anakn.ya sedang meriba Yunos Laith.

Kelahiran Yunos juga cukup bermakna buat mereka sekeluarga kerana berkongsi tarikh lahir dengan Yusry iaitu pada tanggal 15 Jun.

“Alhamdulillah, terima kasih semua di atas doa dan ucapan anda buat kami sekeluarga,” ujar Lisa.

Sementara itu, Lisa juga sempat menitip uca.pan istimewa Hari Bapa buat suami tercinta menerusi satu lagi entri di Instagram.

Kesemua anak Lisa dan Yusry diberikan pangkal nama YL.

“Sangat bersyukur dengan cara awak melay.ani anak-anak kita, Yong dan Yeop dengan sabar dan penuh kasih sayang dan sekarang dengan Lang pula.

“Bulan Jun yang cukup bermakna untuk diingati dengan pelbagai sebab. Selamat Hari Bapa, bapa kepada anak-anak kami, YL,” katanya.

Lisa selamat melahirkan Yunos pada pukul 2.30 pagi 15 Jun lalu di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Pelakon filem Istanbul Aku Dat.ang itu mendirikan rumah tangga dengan Yusry pada 23 Februari 2012 dan sebelum ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Yahaira Leanne, 6, dan Yusof Leonne yang kini berusia empat tahun.

sumber:ig yusry, mstar

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Ko.men Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami! Thank You!

PERHATIAN:
Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berf.ikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah iniyang dikongsikan seperti berikut:.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *