Mengapa perlu dibantu ketika insan lain dikatakan lebih memerlukan, ini reaksi Norlia Ghani

Hilang sumber pencarian apabila industri kreatif ‘lumpvh’ pada fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tahun lalu, anak seni termasuk artis veteran dan kru masing-masing bergelut meneruskan kehidupan pada era mencabar ini.

Bintang veteran, Norlia Ghani berkongsi cerita hidupnya yang tidak terkecuali mula merasa kesan daripada penularan COV1d.

Mengaku kecil hati apabila segelintir netizen menempelak mengapa artis ‘sengkek’ hingga perlu dibantu, Norlia yang cukup popular dengan watak ‘Joyah’ dalam drama bersiri Opah terbitan 1980-an, bersyukur masih ada pihak yang prihatin dengan penggiat seni.

“Cucu pernah beritahu mengenai komen netizen terhadap artis mengapa teruk sangat meminta-minta bantuan umpama ‘sengkek’.”

“Hakikatnya, kita tidak meminta, sebaliknya, ada pihak yang bermurah hati memberikan pertolongan,” katanya yang memilik tujuh cucu.

Ditemui pada majlis santai ‘Dari Hati Ke Hati’ anjuran Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) di ibu negara, baru-baru ini, Norlia mengaku kurang menerima tawaran berlakon sejak COVID-19 menular.

“Sebagai pelakon veteran, situasi lebih teruk dan terlebih ‘bah4ya’ apabila tawaran berlakon kurang diterima,” katanya kepada BH Online.

Norlia berkata, dia masih memerlukan pendapatan bagi membayar sewa rumah, bil elektrik dan air serta keperluan kos hidup lain.

“Barangan keperluan dapur boleh diusahakan di mana anak saya juga membantu. Tetapi saya perlu wang untuk menampung kos hidup,” katanya yang pernah merangkul trofi Artis Komedi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2002.

Sementara itu, pemain dram kumpulan Sons of Adam, Ruzlan Omar akur operasi kelab malam belum mendapat kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) biarpun hilang sumber pendapatan.

“Kami sebagai artis yang membuat persembahan di kelab malam, tidak mahu ‘kacau’ pasaran artis jalanan yang dibenarkan beraksi di premis tertutup.”

“Namun, saya bersyukur, rezeki masih ada biarpun tidak banyak. Sejak fasa pertama PKP, saya mencari rezeki dengan menjual minyak wangi mesra solat,” katanya yang mengaku dibantu anak-anak untuk menyara hidup.

Sementara itu, Presiden KARYAWAN, Datuk Freddie Fernandez, berkata tidak adil memberi tanggapan semua anak seni perlu ‘disuap’ ketika berdepan impak penularan COVlD.

“Jangan ingat semua artis Malaysia kaya. Segelintir sahaja yang hidup mewah. Macam sekarang, bukan semua golongan seni boleh meneruskan survival.”

“Sekarang, pelakon boleh bekerja kerana penggambaran dibenarkan. Namun, ada pekerja seni lain seperti penyanyi kelab dan jalanan serta artis veteran yang berdepan kesukaran,” katanya.

Freddie berkata, sejak lapan tahun lalu, KARYAWAN mengambil inisiatif membantu penggiat seni sama ada melalui tabungan sendiri atau sumbangan badan lain.

“Awal tahun ini, Yayasan Aeon Malaysia tampil menghulurkan bantuan. Untuk tempoh enam bulan, Aeon memberi bantuan pek barangan dapur diagihkan kepada 500 ahli,” katanya.

Selain Norlia dan Ruzlan, artis veteran lain seperti S Rohani; Asheed Def Gab C dan penyanyi jalanan, Bob Sentuhan turut menghadiri sesi berkenaan.

Tidak ketinggalan, Presiden Yayasan Aeon Malaysia, Datin Yasmin Ahmad Merican.

Persenda Norlia Ghani, ‘Rosmah’ dik3cam teruk. Sekali Anak Saudara Masuk Komen

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai perkongsian gambar daripada seorang individu yang amat mengagumi kejelitaan yang dimiliki oleh model dan pelakon, Kavita Sidhu meski pun ketika ini usianya telah mencecah 49 tahun.

Menurut individu berkenaan, wajah yang dimiliki oleh Kavita kelihatan seakan-akan seperti tidak mamah usia selain turut memiliki tubuh yang langsing.

“Kavita Sidhu umur 49. Korang umur 30 dah serupa Norlia Ghani,” tulisnya di laman Twitter

Bagaimanapun, tweet tersebut nyata mengundang rasa kurang senang di hati segelintir pihak yang menyifatkan berbandingan tersebut seolah-olah mempersendakan pelakon senior tersebut.

Turut sama meluahkan rasa kec3wa terhadap entry berkenaan adalah anak saudara kepada Norlia yang dikenali sebagai Januar Haikal.

Menerusi perkongsian di laman Twitter, Januar memberi tahu, ibu saudaranya itu telah berkerja dengan keras di sepanjang usianya dan dia jelas berasa agak sedih melihat perbandingan tersebut.

“Norlia ghani is my auntie. And she works really really hard at her age. I don’t know what and how to feel when i see this kind of comparison.”

“May Allah bless you. I hope you get all the attention you have ever wanted,” tulisnya.

Insiden tersebut kemudiannya telah menyebabkan nama Norlia Ghani menjadi sebutan selain turut trending di platform Twitter sejak tengah hari tadi.

Ciapan seorang pengguna Twitter yang mempersendakan pelakon veteran, Norlia Ramli.

“Norlia Ghani is my auntie (Norlia Ghani ialah ibu saudara saya). And she works really hard at her age (dan dia bekerja keras pada usianya). I don’t know what and how to feel when I see this kind of comparison. (Saya tak tahu dan nak rasa rasa bagaimana bila saya saya nampak perbandingan sebegini).”

“Semoga Allah merahmati anda.”

“Saya berharap anda dapat semua perhatian yang anda mahukan. Doakan auntie Norlia Ghani supaya dia dimurahkan rezeki dan panjang umur serta sentiasa dilindungi Allah SWT. Terima kasih kerana menghargai bakat beliau,” ciap Januar.

Disebabkan isu yang menjadi sohor kini dalam Twitter, netizen mula mengenang drama, iklan dan filem yang pernah dijayakan Norlia.

Norlia atau nama lengkapnya, Norlia Ghani Abdul Hamid, kini sudah berusia emas iaitu 72 tahun. Beliau juga merupakan ibu kepada pelakon terkenal, Rusdi Ramli.

“Norlia Ghani ini pun mak iklan susu pekat dan mak iklan sabun pinggankan?,” ciap seorang netizen terus mengenang nostalgia.

Norlia cukup dikenali rakyat Malaysia sebagai dramatis hebat yang tidak pernah gagal membawakan watak air mata. Antara drama lakonannya yang berbekas dalam ingatan khalayak, termasuklah Quran Bu-ruk, Liang L4had dan Tanah K-bur.

Sumber: Berita Harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *