Dugaan ini terlalu berat tak mampu diteruskan Syafie Naswip dan Aishah Azman putus tunang

Syafie menegaskan perpisahan mereka bukan berpunca daripada orang ketiga atau masalah keluarga namun atas persetujuan bersama.

RANCANGAN untuk mendirikan rumah tangga musnah selepas pasangan selebriti Syafie Naswip dan Aishah Azman mengesahkan ikatan pertunangan yang dibina tiga bulan lalu terlerai.

Syafie, 27, menerusi laporan Astro Gempak memberitahu keputusan berat itu dibuat atas persetujuan bersama.

Pelakon filem Songlap turut mengakui dia gagal untuk menghadapi dugaan semasa tempoh bertunang dan menganggap apa yang terjadi melibatkan kematangan dirinya.

Syafie dan Aishah akui dugaan semasa bertunang terlalu berat untuk dilalui.

“Tidak ada orang ketiga mahupun masalah keluarga tetapi saya rasa dugaan bertunang ini terlalu berat dan tidak mampu untuk diteruskan.

“Jika dugaan ketika ini sudah tidak mampu saya tanggung, bagaimana nanti apabila sudah berkahwin?

“Buat masa sekarang, mungkin ini adalah keputusan yang terbaik untuk kami berdua. Mungkin juga dugaan paling besar adalah soal kematangan diri saya,” katanya.

Syafie dan Aishah mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis yang diadakan di Forest Valley Hall, Cheras pada 7 April lalu.

Spekulasi mengenai hubungan Syafie dan adik kepada pelakon Afiq Muiz itu mula diperkatakan apabila mereka memadam foto bersama, selain sudah tidak lagi mengikuti akaun Instagram masing-masing.

Syafie sebelum ini menerusi laporan mStar pada 12 April lalu memberitahu dia tidak mahu menunggu lama untuk menamatkan zaman bujang memandangkan sudah tiba waktu sesuai untuknya berkahwin.

Syafie dan Aishah tidak lagi mengikuti akaun Instagram masing-masing.

Biarpun belum menetapkan tarikh perkahwinan, namun Syafie dan Aishah pernah meluahkan hasrat untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri pada tahun ini juga.

Dalam pada itu, Aishah enggan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perpisahan mereka namun mengakui dugaan yang dilalui terlalu berat.

“Buat masa sekarang saya tidak mahu keluarkan apa-apa kenyataan. Kalau pihak Syafie mahu berkata apa-apa, saya tidak boleh menghalang.

“Saya akui dugaan ketika bertunang sangat berat,” ujarnya.

Syafie dan Aishah mengenali satu sama lain sejak 2015 dan mula menjalinkan hubungan cinta sejak setahun lalu.

Jom layan lagu luu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *