Elizabeth Tan Akui Susah Nak Kawal Apa Orang Cakap Saya Tak Rasa Saya Seksi

Penyanyi terkenal yang cukup dikenali dengan lagu Knock-Knock, Polis Entry dan terbaru lagu Semua Sudah, Elizabeth Tan sering dikaitkan dengan penampilan yang dikatakan terlampau seksi.

”saya tak rasa saya seksi..”, elizabeth tan akui susah nak kawal apa orang cakap

Namun menurut penyanyi berusia 26 tahun itu juga, beliau tidak merasakan dirinya seksi, sebaliknya seseorang itu perlu mempunyai tubuh badan cantik dan menawan.

Dipetik menerusi temubual bersama Media Hiburan, jelas penyanyi ini beliau hanya mempunyai tubuh badan yang tidak cukup berisi dan tidak seksi dimatanya.

“Saya tak rasa yang saya seksi. Bagi saya, untuk melabelkan seseorang itu seksi dia mesti miliki tubuh badan yang cantik dan menawan.

“Macam kalau tengok badan saya tak cukup berisi dan kurus untuk menjadi seorang yang seksi?

“Tapi kalau ada yang kata saya seksi, mengatakan saya sering dedahkan kulit, saya selalu cakap kalau mereka boleh sokong artis Kpop, Hollywood dan sebagainya mereka semua sama sahaja. Jadi apa beza mereka dengan saya?,” jelasnya kepada MH.

Beliau yang mesra dengan nama panggilan Lizzy juga tidak menyifatkan pandangan itu sebagai satu bentuk ancaman, malah beliau berasa okay asalkan ibunya juga sependapat dengannya.

Dalam perkembangan lain, Lizzy bakal melancarkan single terbarunya bertajuk Shh pada 6 Disember ini.

Sumber: Media Hiburan