Gara gara Caption Yang Di Edit Aliff Syukri Dapat Komen Yang Kurang Senang Dari Warganet

Sebagai manusia yang sudah berumah tangga pasti akan tempuh asam garamnya. Ada ketika ceria bersama, ada ketika saling bermasam muka. Ada ketika romantik, ada juga ketikanya berkonflik. Sungguh setiap saat dalam hidup ada teladan untuk umat. Barulah boleh belajar daripada kesilapan serta memperbaiki diri ke arah lebih baik.

Sejak akhir-akhir ini, posting pasangan suami isteri Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida seakan memberi hint yang mereka sedang melalui fasa getir dalam perkahwinan.

Menerusi posting Instagram terbaru Aliff Syukri, usahawan kosmetik ni memuat naik gambarnya bersama keluarga tanpa isteri dan meluah yang dia kini lebih baik sendiri namun tetap bahagia.

“Merekalah segalanya… Terkadang lebih baik sendiri tapi bahagia”

Pun begitu, posting tersebut telah mendapat komen daripada Datin Seri Shahida sendiri yang mempersoal mengapa suaminya menukar caption sebelum ini dengan caption baru?

“Kenapa edit caption? Biarlah 1 Malaysia baca…” – DS Shahida

Min tak sure caption apa yang ditulis Aliff sebelum ni, tapi menurut netizen yang sempat melihat caption tersebut sebelum dia edit, kata-kata itu menjurus kepada Datin Seri Shahida yang disifatkan tidak menghargai penat lelah dilakukannya demi keluarga. Pulakkk!

“Saya pun geram baca caption tu, tapi saya doa baik-baik je pikir baik-baik”

Rata-rata netizen yang membaca posting Aliff Syukri tu ternyata m4rah sungguh dengan tindakan jutawan kosmetik ini yang langsung tak sensiitif dengan keadaan isterinya yang sedang hamil.

Malah netizen jugak rasa tak adil untuk Aliff Syukri menuduh isterinya tak berbuat apa-apa selama mereka berkahwin kerana tanpa isterinya tak mungkin Aliff dapat mengecapi kejayaan seperti sekarang ni.

Yelah kan, tak baik datuk cakap macam tu sebab datin dah berkorban lahirkan anak-anak yang comel untuk datuk kan?

Jangan propa pula ya sebab netizen nak boikot Datuk Aliff ni! Baru kena batang hidung dia bila sales semua merundum. Bagi admin, harap-harap mereka berdua duduk berbincanglah dan jangan bergaduh lagi. Tak lama lagi nak dapat baby kan? Beralah lah datuk dengan isteri tu.

InsyaAllah esok lusa baiklah tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.