Gara gara isteri hantar lauk kat jiran lelaki dan beri layanan terbaik, suami berdendam sehinggakan isteri tak sangka ini yang suaminya lakukan untuk balas dendam

Assalamualaikum. Aku seorang isteri usia hujung 40-an. Namun aku tidak segan menyiarkan di sini buat pengajaran. Buat ketika ini aku memunasabah diri. Munasabah diri yang malang, tidak dikasihi suami walau telah lama berumah-tangga. Suami cuba menduakan aku.

Ringkasnya disebabkan suami tidak mendapat layanan budi bahasa yang baik daripada aku. Itu sahaja. Layanan lain yang tidak disungutkan adalah aku boleh melayani batin dia, masih rajin menyiapkan sarapan setiap hari aku bangun jam 5.30 pagi jika hari bekerja, cuti jam 6.00 pagi aku bangkit, solat suboh terus ke dapur.

Ya aku taat solat 5 waktu, puasa dan aku tidak buat perkara terkutuk, jarang berbohong, memang aku selalu menjaga kelakuan ,juga didikan diri hindari dari dosa. Namun aku tidak sedar, suami amat mencemburui senyuman aku yang manis, yang aku tidak sedar bila ketemu rakan lelaki,

aku tersenyum, bercakap tidak menyakitkan hati rakan. Sebagaimana suami aku tidak berpuas hati terhadap kata-kata aku yang sering kasar, tinggi suara terhadap suami, padahal tidak selalu berkomunikasi, kerana suami aku garangnya bagai singa. Sejak berkahwin suami jarang sangat menyebut namaku,

memanggil sayang tidak sekali. Cuma bercakap tanpa nama aku, dengan nada yang cepat, hingga selalu aku kurang faham. Pernah aku cuba biasakan diri memanggilnya dengan perkataan abang, tetapi respon dia selalu tidak menyahut, hanya mengangguk, atau menjawab serius.

Akhirnya aku putus asa. Tiada perkataan sayang, tiada perkataan abang bila kami berkominikasi hanya ayat yang pendek dan ringkas. Komunikasi , berbual, meminta dengan cara yang aku rasa berat untuk bercakap dengan suami. Selalu dia mendengus, menengking, membalas tanpa memandang aku.

Rupanya dia berdendam. Aku bercakap dengan jiran lelaki dengan suara yang bagus, semasa bertamu di hari raya. Aku tidak perasan perbualan singkat dengan jiran di rumah aku begitu dicemburui. Kemudian aku ke rumah jiran menghantar lauk kerana isterinya tadi tidak ikut.

ketika itu aku dicurigai berjumpa suami jiran. Sungguh aku bernasib malang. Berbagai tuduhan apabila orang cemburu dan tidak suka. Hingga mengerjakan umrah di Mekah aku dituduh meminati jemaah lelaki yang lain, di dalam flight balik aku menangis sendu mengenangkan aku dimarahi di tempat suci Mekah.

Aku akui budi bahasa aku tidak memuaskan hati dan tidak bisa memujuk hatinya. Bercakap nada tidak lembut kepada suami, walau aku cuba dan kucuba. Pekerjaan aku yang selalu menggunakan suara kuat juga menjadikan aku begitu. Aku juga dilahirkan dalam keluarga yang sering bertelingkah.

Ibu ayah aku sering bergaduh. Ibu aku sering berbahas-bahas, membentak-bentak kepada ayahku (ini ada punca lain). Akhirnya aku terikut-ikut suara ibuku yang keras. Memang kata-kata aku kepada suami payah berlemah lembut, berbunga-bunga. Aku akhirnya cuba bersuara manja namun hati suamiku masih tidak puas.

Dia bosan dengan aku. Sering dia berwasapan dengan sahabat wanita dengan memberi salam dan menjawab salam seawal jam 5.30 pagi. Walau hanya perbualan singkat, namun salam-menjawab salam sering berlaku. Hal ini terbongkar setelah suatu hari aku tergerak hati memeriksa telefon suami,

lalu aku terjumpa wasap itu sejak 4 bulan berwasapan dengan kata-kata assalamualaikum sahabat dan dibalasi juga, Ada masa perempuan itu memberi salam salam terdahulu, ada ketika suami aku yang memberi salam, biasanya awal pagi. Aku di mana.

Aku di dapur membuat sarapan tetapi suami aku telah bersapaan dengan perempuan lain. Walaupun tasbih berada di tangannya selepas suboh. Apakah perasaan aku setelah dapat mengesan itu? Walau hanya perbualan salam sahabat, apakah aku tidak punya perasaan?

Akhirnya perempuan tersebut datang ke tempat aku, namun suami aku dijauhkan tuhan daripada bertemu dia. Dua minggu sebelum ini aku telah memohon ampun darpada suami aku, setiap hari sebelum keluar bekerja. Memohon ampun kerana budi bahasaku tidak selembut sepadan isteri kepada suami.

Dan suami aku mula mencium dahiku selepas aku bersalaman dengannya. Aku sangat terharu kerana tidak pernah suami mencium dahi aku atau memberi penghargaan mengucup aku selepas bersalinkan anak-anaknya. Tidak pernah mengucapi terima kasih atau pujian kepada aku jika aku

memasak sedap atau rajin mengemas, mengurus rumah dan lain-lain. Langit tidak selalu cerah. Kami memang selalu bertelingkah dan berbaik bila aku yang mencumbuinya. kejadian semalam aku tidak tertahan dengan perasaan sedihku, kecewa yang amat sangat, walau aku telah block

nombor perempuan tersebut, mereka telah berwasapan semula. Hatiku begitu hancur. Suami tidak pernah memberi salam picture untuk aku, hanya perkataan salam untuk memberitahu sesuatu. Tetapi dengan wanita itu picture salam dan tambahan ayat doa untuk masing-masing kesejahtaraan bersahabat.

Lalu dengan deraian air mata aku mengatakan jika tiada niat memberi kebahagiaan kepada aku, tolonglah tinggalkan aku. Aku menangis dalam nekad, memang aku terasa tidak berharga, tidak disantuni dengan wajar sebagai isteri, walhal aku bekerja bersusah-payah,

hanya gaji aku dapat untuk menampung keperluan aku, pakaian aku dan perbelanjaan anak-anak aku sering aku yang mengeluarkannya. Namun tiada rasa kebahagiaan bersuami-isteri. Walau aku berzikir, berdoa setiap hari sebelum memulakan kerja. Hanya aku dipermudahiNya untuk bekerja.

Nafkah bulanan tidak pernah suami aku beri. Tetapi aku tidak boleh meminta kerana suami aku bagai singa yang aku tergagap-gagap apabila bercakap dengannya. Pengajarannya di sini. Sememangnya dahsyat sungguh kesan pengaruh budi bahasa yang kasar yang kuwarisi.

Namun aku tidak pernah memaki hamun suami aku. Setelah aku minta suami aku tinggalkan aku, suami keluar tetapi pulang , tidur di ruang tamu. Aku sering dipulau tempat tidur. Suami bukan jenis berterus terang. Semua yang dia tidak berkenan dipendam dan membalasi dengan endah tak endah serta bercakap serius, tanpa memandangku.

Aku takut ditinggalkan namun aku terpaksa minta suami tinggalkan aku selepas aku menangis-nangis menyatakan kesedihan dia menduakan aku, walau melalui wasap. Aku tidak menyebut di sini jika suami aku berbual dengan sahabat wanita, dia juga terlalu mesra tetapi aku pendamkan di dalam hati.

Dan facebooknya memang ada rakan wanita yang cantik-cantik terdapat juga profile yang tidak senonoh. Apakah salah perasaan kecewa aku? Apakah salah aku tidak sengaja mewarisi sikap kasar ibuku? Apakah salah aku mempertikai tidak dibimbing sebagai imam dalam keluarga?

Namun aku nekad akan terus bersalaman meminta maaf daripada suami aku kerana hanya itu cara aku membaiki diri namun belum tentu aku mendapat kasih-sayang sejati daripada suami. Suami aku tadi keluar belum kembali. Kalian silakan ambil pengajaran, berlemah-lembutlah dengan suami, jaga komunikasi seharian, jangan kelihatan menawan kepada lelaki lain, dan hargailah suami yang ada.