Happy Birthday Farhanna Qismina Sikecik Manis Sweet Habis Kejutan Adam Lee Buat Sweet Qismina

Hubungan percintaan antara pasangan sama cantik sama padan, Sweet Qismina dan Adam Lee bukan lagi rahsia. Bersama-sama membintangi Adam Chempaka, mereka juga sering berkongsi gambar bersama untuk tatapan peminat.

Baru-baru ini, Sweet Qismina telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 22 tahun. Majlis disambut meriah dengan kehadiran insan-insan yang tersayang.

Saya akan start posing macam ni sempena umur 22 sampai October tahun depan ye #blessed22 #fqs
Mama, thank you for always making my birthday special every year. Tak pernah tak ada surprise untuk buat hati sweet happy. Agurl, Along, Angah, Kakak, Baba, thank you thank you and thank you for taught me the true meaning of love #blessed22
Bukan itu sahaja, sempena hari ulangtahun kelahirannya, Sweet turut menerima kejutan daripada teman lelakinya, Adam Lee. Adam telah merakam memori tersebut dan memuat naik di laman IGnya .

Dalam video tersebut, Sweet telah menerima dua hadiah yang berlainan dan dipercayai satu hadiah merupakan hadiah hari lahirnya manakala satu lagi hadiah sempena setahun hubungan ‘Istimewa’  mereka.

Happy Birthday Farhanna Qismina Sikecik Manis

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian peminat lantas meninggalkan komen terhadap pasangan tersebut. Rata-rata peminat turut tidak sabar untuk melihat mereka berdua disatukan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : lepat pisang