Heb0hKemelvt Antara Syafiq AhmadDan TMJ, Ini Kron0logiBagaimana Ia Bermvla

Ramai yang berteka-teki, mungkin disebabkan oleh rasa kurang dipilih untuk bermain di atas padang menyebabkan kemelut Syafiq Ahmad dan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim terjadi. Bagi yang tidak tahu bagaimana kemelut ini terjadi, ini kronologinya dari mula.

Pada Sabtu (21/8/2021) baru-baru ini, pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Syafiq Ahmad telah menyatakan kegembiraannya setelah melihat perlawanan pasukan JDT menentang PJ City.

“Seronoknya tengok kawan-kawan main bola”, ciap Syafiq.

Dia kemudiannya memuat naik ciapan yang ringkas sahaja tetapi ianya didengari kurang profesional bagi seorang pemain kelab bola sepak JDT.

“Ni Kelab Bola Sepak, Bukan Kelab Kebajikan Sosial”- TMJ

Tidak berdiam diri melihat ciapan Syafiq, TMJ membalas semula menerusi story Instagram. Ujar TMJ, kelab bola sepak merupakan tempat untuk pemain berlatih dan bekerja keras untuk karier mereka.

“Ni kelab bola sepak, bukan kelab kebajikan sosial. Siapa train bagus, kerja keras dia main. Siapa tidak dia tak main. Tak suka? Pintu terbuka. Ini bukan penjara. Simple.

Dalam JDT siapa kerja keras in training dan perform dia main. Siapa nak challege dalam carrier dan title come to JDT. Takda orang paksa”, balas TMJ.

Tambah baginda, jika ada pemain yang tidak suka berada dalam kelab tersebut, mereka bebas untuk keluar daripadanya dan memilih kelab lain. Tegasnya lagi, bagi pemain yang bekerja keras dan menunjukkan prestasi, mereka dibenarkan untuk bermain mewakili JDT.

TMJ Dedah Pilihan Di Tangan Pemain

Pada masa yang sama, TMJ turut menegaskan setiap pemain mempunyai pilihan mereka tersendiri. Akuinya ketika mahu menyertai kelab JDT, setiap pemain sudah tahu tentang syarat dan polisi kelab tersebut.

“Semua pilihan atas tangan pemain. Masa buat keputusan join JDT pun anda dah tahu syarat dan policy club. Last uear dan tahun sebelum itu kerap dapat main. Tetapi selepas insiden peristiwa pahit, you’re not the same.

Kami beri masa, support, monitor. Jikalau tidak puas hati atau setuju jumpa. Communicate. Bukan tweet”, tulisnya.

Kongsi TMJ, sejak insiden kemalangan yang meragut nyawa ibu dan anak Syafiq, pemain itu diberikan masa dan dipantau sehingga pulih.

Gara-Gara Ikut Perasaan, Syafiq Mohon Maaf

Melihatkan balas TMJ, Syafiq dengan segera memohon maaf atas tindakannya itu. Akuinya, dia berasa terlalu emosi dan tidak memikirkan kesan selepas memuat naik ciapan itu.

“Saya mengaku saya tidak sepatutnya bertindak mengikut emosi dan seharusnya fikir di mana kesilapan saya selama ini”, tulis Syafiq.

Dedahnya lagi, TMJ merupakan individu yang banyak membantunya dalam karier sebagai seorang pemain bola sepak.

TMJ Beri Pesanan

Tidak mahu memanjangkan kemelut mereka, TMJ berharap Syafiq untuk berfikir terlebih dahulu sebelum membuat tindakan yang memberi kesan pada kariernya.

“Lain kali nak buat apa-apa fikir dulu. Kita gentleman.”

Pesanan juga pada orang ramai untuk berfikir terlebih dahulu dalam apa jua perkara sebelum melakukan sesuatu perkara.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: murai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *