Api Kian Marak, Isra3l Rayu Bantuan Antarabangsa Untuk Padam Kebakaran Hutan

Para pemimpin Isra.el dilaporkan telah memohon bantuan dari sekutu-sekutu antarabangsa untuk memadamkan kebakaran yang berlaku berdekatan Jerusalem.

Menurut ABC News, kebakaran itu memaksa ratusan penduduk untuk keluar dan mengosongkan rumah mereka.

Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Isra.el mengatakan bahawa 75 pasukan bersama 12 pesawat telah dikerah untuk memadamkan kebakaran di hutan di sebelah barat bandar itu.

Difahamkan, sekurang-kurangnya 17 kilometer persegi hutan telah terbakar dan menjadikannya sebagai salah satu kebakaran hutan terbesar dalam sejarah negara itu.

Sementara itu, Menteri Luar Negeri, Yair Lapid mengatakan bahawa dia telah bercakap dengan rakan sejawatannya dari Greece, Nikos Dendias, untuk memohon pesawat tambahan dalam usaha untuk mema.damkan kebakaran.

Gambar Via Asharq Al-awsat

Nikos telah berjanji bahawa akan membantu secepat mungkin sebagai bala.san terhadap Israel yang mengirimkan bantuan ke negaranya beberapa minggu sebelum ini kerana turut menghadapi kebakaran hutan.

Tidak cuma Greece, Lapid juga mengatakan Israel telah menghu.bungi Cyprus, Itali, Perancis dan negara sekutu lain untuk meminta bantuan.

Penduduk dari beberapa daerah telah dipindahkan dari rumah mereka pada Ahad ketika api marak di luar kawalan dan turut didorong oleh angin serta keadaan yang sangat kering ker.ana musim panas.

Kementerian Perlindungan Alam Sekitar pula telah memberi amaran kepada penduduk di kawasan itu mengenai tahap pencemaran udara yang sangat tinggi dan mena.sihatkan agar tidak melakukan aktiviti luar.

Bagaimanapun, punca kebakar.an tersebut masih lagi sedang disiasat.

sumber: siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *