Isu Jodoh Neelofa Akui Menangis Bila Pohon Doa Soal Pasangan Hidup

Pelakon dan pengacara, Neelofa mengakui wujud perasaan sedih dalam hati setiap kali berdoa atau berkongsi mengenai soal jodoh.
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor berkata, dia sebolehnya mengharapkan bakal suami itu mampu menggembirakan dirinya dan orang di sekelilingnya.

“Saya banyak berdoa mengenai jodoh. Ada satu hari, saya duduk dan tulis doa. Saya suka tulis doa. Saya cakap, nak bersama seseorang yang bukan saja boleh gembira dan bahagiakan saya, tapi juga orang sekeliling.

“Ia termasuk yang mengenali, menyokong, media, peminat dan semua. Jadi, ini yang akan membuatkan saya gembira dan bahagia,” katanya kepada MH.

Neelofa ditemui di rakaman program Naura Shares semalam berkata, bakal suaminya itu akan menjadi perhatian orang ramai.“Banyak mata yang memandang saya kerana orang meletakkan saya sebagai ikon.“Sehinggakan siapa pasangan hidup saya pun akan memberi impak sangat besar pada orang ramai,” jelas Neelofa.

Tidak dapat menahan emosi bercerita mengenai jodoh, Neelofa tidak mahu memberi komen panjang.“Saya pun tak tahu kenapa boleh sedih dan menangis.

Memang saya akan sedih dan menangis setiap kali berdoa mengenai jodoh,” jujur wanita kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini.

Sumber:mediahiburan

JOm Layan Lagu lagu hitz

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *