Lelaki Yang Fitnah Rita Rudaini Tampil Beri Keterangan Sekali Gus Bersemuka. Ini Komen Rita Selepas Lelaki Itu Mohon Maaf Secara Terbuka

Permohonan maaf itu dibuat di Balai Polis Mutiara Damansara sebentar tadi dan disiarkan secara langsung menerusi Facebook Berita Harian. Lelaki terbabit yang muncul secara tiba-tiba ketika Rita ditemubual media terus membuat permohonan maaf dan berlalu.

Assalamualaikum wbt, saya Ahmad Najib, pemilik akaun @amadsan81 dan saya orang yang mengeluarkan posting atau statement di ruangan komen Instagram Puan Rita Rudaini seperti yang dilaporkan di dalam siasatan polis dan juga berita umum. Dan amat menyesali dan ingin meminta maaf secara terbuka kepada Puan Rita Rudaini. Terima kasih.

Seorang pengamal media ada bertanyakan soalan mengenai apa yang mendorong dia berbuat demikian namun hanya dibalas dengan senyuman sebelum meninggalkan kumpulan media yang berkumpul.

Beri kesan pada anak

Rita ketika ditemui wartawan kemudiannya mengatakan bapa dua anak terbabit ada meminta belas ihsan daripadanya berkenaan permohonan maaf itu kerana boleh memberi kesan kepada kerjaya dan keluarga, namun perkara itu dibidas Rita.

Mula-mula di tolak untuk buat permohonan maaf dia kata akan affect dekat kerja. Saya tanyakan kembali pada dia, orang tak pernah kesian dekat saya pun. Orang hentam saya di IG, apa salah saya dekat awak? Dekat orang lain? Impak pada anak saya macam mana?

Tambah Rita lagi, kerana komen tersebut, orang masih bercakap dan turut memberi kesan kepada anaknya terutamanya di sekolah.

Benda ni berungkai-rungkai di Facebook dan Youtube. Sampai cikgu sekolah pun anak saya ditanya sama ada orang tersebut sudah ditangkap. Benda macam tu macam mana saya nak terangkan pada anak saya?

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Viddy Media / Oh Bulan / Berita harian