Lepas Tlga JamDdah Nama Dan Wajah, SesatuTerjdi Dekat AkaunAnak Ayda Jebat

Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyanyi Ayda Jebat yang selamat melahirkan anak pertama, cahaya mata perempuan di sebuah pusat per.ubatan.

Berita gembira itu dimaklumkan oleh suaminya, Nabil Mahir yang meluahkan rasa syukur proses kelahiran anak mereka itu dipermudahkan.

“Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Ayda selamat melahirkan anak pada jam 7.07 malam seberat 2.77 kilogram,” katanya.

Sebelum ini, menerusi akaun Instagram Ayda memaklumkan bakal melahirkan bayi sulungnya secara pemb.edahan seminggu lebih awal dari tarikh yang dirancang.

“Assalamualaikum semua. Insya-Allah baby wuvv gelaran bayi akan keluar petang ini. Seminggu awal dari tarikh yang dirancang. Mohon maaf kalau ada salah dan silap. Doakan saya dan bayi sihat serta selamat. Amin,” tulisnya.

Ana Nayla

Genap seminggu melahirkan cahaya mata sulung, pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir berkongsikan nama anak perempuan mereka yang diberi nama Ana Nayla.

Menerusi entri tersebut, pasanngan itu turut berkongsikan video pendek wajah anak mereka. Malah, pasangan itu turut membuka akaun Instagram anak mereka.

Baru Tiga Jam

Lebih mengejutkan baru sahaja memuat naik posting pertama tiga jam lalu, akaun Instagram Ana Layla sudah meraih 32,000 pengikut.

Rata-rata netizen memuji kecomelan anak pasangan itu serta teruja melihat warna mata Ana yang sangat cantik serta mendoakan menjadi anak yang solehah.

Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 1 Januari lalu selepas mengikat pertunangan secara dalam talian pada 28 April tahun lalu ketika pelaksanaan P.erintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Kredit : RK/IG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *