Luah Rasa Tak Selamat, Caprice Takvt Nak Balik Malaysia

Baru-baru ini, PDRM memaklumkan telah meminta bantuan Interpol bagi berhubung dengan aktivis kemanusiaan, Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Ga.za Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri.

Susulan berita tersebut, Caprice mengakui berasa tidak selamat di Jordan dan takut untuk pulang ke tanah air serta mengatakan sudah mengoyakkan tiket untuk balik ke Malaysia.

“Saya dah beli tiket nak balik Malaysia, tapi bila baca berita kata Polis minta tolong Interpol cari Caprice, Caprice terus koyak tiket. Bila po.lis dengan Int.erpol cari macam ini, memang tak lah Caprice nak balik Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Caprice berkata dia turut kusut apabila mengetahui sedang dicari oleh pihak polis susulan laporan polis dibuat oleh pendakwah terkenal, Ebit Lew.

“Makin lama saya ada rasa takut sikit sebab semuanya semakin pelik. Hidup saya kusut sedikit pagi tadi selepas media di Malaysia melaporkan PDRM hendak minta tolong Inte.rpol cari saya di sini,” ujarnya.

Terdahulu, Ebit Liew membuat laporan polis di Ibu Pejabat Po.lis Daerah (IPD) Dang Wangi berhubung tuduhan yang dilontarkan beberapa individu terhadapnya menerusi laman sosi.al.

sumber: rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *