Menari Dah Macam Itik, Malek Tanya Siapa Yang SebarVideo Lama Ni

Siapa sangka Datuk Aaron Aziz yang popular dengan watak samseng sebagai Malik pernah menari tarian Hindustan!

Rahsia tersebut ‘pecah’ apabila rakaman yang menggabung beberapa wataknya tular dalam media sosial baru-baru ini.

Video tersebut seterusnya mendapat perhatian Aaron sehingga dia berseloroh mahu memburu individu yang menularkan rakaman berkenaan.

“Ini siapa punya kerja yang cari rakaman zaman dulu?

“Yang joget macam itik itu ketika belum rakaman dan belakang tabir. #guacarilusampaidapat,” tulis Aaron.

Dalam ruangan komen, ramai yang terhibur melihat sisi berbeza ‘Malik’ yang digeruni ramai sebelum ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *