Misteri Lelaki Yang Selalu Bersama Datin Shahida Akhirnya Terjawab

Sepanjang tempoh 9 bulan yang mendatang, si suami akan terpaksa berdepan dengan pelbagai ragam dan karenah si isteri. Mahu tak mahu, rela atau tidak, suami kena turut sahaja tanpa banyak mengeluh.

Bukan lah sesuatu yang pelik melihat orang sarat mengandung meragam dan ingin permintaannya ditunaikan. Kenapa kami mengatakan demikian? Kerana pada waktu ini, perubahan emosi serta fizikal naik dan turun secara mendadak. Ia adalah berpunca daripada pelbagai faktor, salah satunya disebabkan paras hormon dalam badan.

Isteri kepada Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Shahida ada berkongsi video pendek yang merakamkan dirinya sedang berbual-bual bersama pembantu, yang dikenali sebagai Ghazi.

Menariknya, Shahida menerusi ruangan kapsyen di Instagram, wanita yang sedang berbadan dua ini mendedahkan sebab dia mengambil lelaki berkenaan sebagai pembantu peribadinya.

“Orang tanya saya kenapa saya ambik @ghazi_ml jadi pa..sebab dia mudah dan cepat faham karenah saya.

“Kalau saya nak makan apa2 cepat dia cari….part paling best dia suka buat lawak,” tulisnya.

Malah, Shahida turut mengusik pembantunnya, berseloroh agar anak yang dikandung tidak terkenankan perangai tersendiri Ghazi.

“Saja saya usik dia nanti kalau saya bersalin harap2 anak saya tak terkenan perangai bangsawan dia,” pintanya.

Untuk rekod, Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawi.Pasangan usahawan selebriti ini juga turut mengambil seorang anak angkat.

Wanita hamil biasanya mempunyai emosi bercampur baur kerana dapat menghadiahkan zuriat dalam perkahwinan yang dibina dan pada masa sama, gusar mengenai proses kelahiran juga bimbang memikirkan masa depan si anak.

Malah, ada yang bertanya sama ada mereka mampu menjadi ibu yang baik dan dapat membesarkan serta memberikan pendidikan sempurna kepada anak atau sebaliknya.

Foto: Instagram Ghazi/Datin Seri Nur Shahida

Sumber : MH

Leave a Reply

Your email address will not be published.