Nafkah RM500 yang diberi tidak mencukupi, antara alasan Noor Nabila tuntut CERAl dari Sharnaaz

Mahkamah Rndah Syariah Kuala Lumpur memerintah pelakon Sharnaaz Ahmad dan isterinya, Noor Nabila Mohd Noor melantik wakil Jawatankuwasa Pendamai (JKP) dalam kes percerraian mereka selepas Sharnaaz tidak bersetuju dengan tuntutan cerrai kakak kepada pelakon Neelofa itu.

JKP membabitkan anggota keluarga yang rappat dengan pasangan itu, bertujuan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.

Noor Nabila (pIantif) memfailkan permohonan ceerai secara baik pada 27 Ogos lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang2 Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Namun, Sharnaaz yang diwakili peguam Datuk Akberdin Abdul Kader ketika ditanya hakim adakah dia sudah melihat tuntutan yang diterimanya dari Noor Nabila pada 29 Ogos lalu, menjawab ‘Ya’ tetapi tidak bersetuju dengan tuntutan cerita tersebut.

Menurut laporan Harian Metro, Noor Nabila dalam tuntutan percerraiannya memberikan alasan bahawa mereka sudah tiada persefahaman dan tinggal berasingan sejak Februari 2018, serta nafkah zahir yang diberi oleh Sharnaaz adalah tidak mencukupi iaitu RM500 sebulan walaupun mampu untuk memberi lebih daripada itu.

Noor Nabila dalam tuntutannya memaklumkan mereka telah cuba berbincang untuk mencapai pendamaian tetapi tidak berhasil dan deffendan (Sharnaaz) berterusan dengan sikapnya.

Mahkamah kemudian menetapkan 30 September ini untuk kedua-dua pihak melantik wakil JKP mereka.

Ketika ditemui media, Sharnaaz berkata, dia akan cuba memperbaiki hubungan mereka sebaik mungkin dalam tempoh yang masih ada.

Peguamnya, Akberdin menjelaskan Sharnaaz menolak tuntutan cerrai itu kerana Noor NAbila meminta tarikh awal untuk bercerrai, sedangkan tempoh masa yang diberikan (undang-undang) ada enam bulan.

Isu rumah tangga Sharnaaz dan Noor Nabila mula menjadi perhatian sejak 29 Ogos lalu selepas portal hiburan melaporkan Noor Nabila memfailkan percerraian terhadap Sharnaaz selepas berkongsi gambar dirinya di Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Instastory baru-baru ini.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia setahun.

Sumber: Harian Metro

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *