Paksa cari duit & Gunakan kanak2 jual buah, Ibu Bapa bantuan tetap JKM meraih pendapatan agak lumayan

BANTUAN Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah diperoleh, tetapi dia hanya duduk di rumah menunggu rezeki anak keciI yang dibiarkan menjual buah pot0ng di jalanan untuk membantu keluarga.

Itu sikap segelintir ibu bapa penerima bantuan JKM yang dikesan menggunakan kudrat anak yang masih bersekolah untuk menjaja buah pot0ng.

Penolong Pengarah Kanan JKM negeri Shahrawati Shahbudin berkata, taktik itu dikesan Pegawai Pelindung Kanak-Kanak JKM yang membuat pemantauan dan tangk4pan kanak-kanak berkenaan yang semakin aktif terutamanya pada musim cuti sekolah.

“Dalam tangkapan baru-baru ini, kami menahan dua kanak-kanak lelaki berusia di bawah 12 tahun berhampiran pusat beli-belah di sini kerana didapati menjaja buah-buahan tanpa pengawasan orang dewasa.

Ibu rayu lepaskan anak

“Selepas menyedari anakditahan, ibunya menghubungi JKM dan merayu anaknya dibebaskan sambil mendakwwa dia berada di kawasan sekitar ketika anaknya ditahan.

“JKM memberi amaran akhir kepada wanita berkenaan sebelum membebaskan kedua-dua anaknya itu,” katanya kepada Harian Metro.

Mengulas lanjut, Shahrawati berkata, aktiviti menjual buah potong itu dikesan membabitkan dua ‘pasukan’ iaitu kanak-kanak dari Kampung Padang dan Tengkera di sini.

Reda sementara & berjalan seperti biasa

Jelasnya, apabila serbuan dilakukan JKM, aktiviti itu akan reda seketika namun kembali aktif tidak lama selepas itu terutama menjelang musim cuti sekolah.

“Aktiviti ini terus berlaku mungkin disebabkan mereka yang ada antaranya adalah penerima bantuan tetap JKM mampu meraih pendapatan agak lumayan apabila ada pembeli buah ini yang suka menderma sambil membeli.

“Contohnya, satu pek buah jambu yang dijual pada harga RM3, tetapi pelanggan akan beri RM5 atau RM10 dan bakinya dianggap sedekah sebagai tanda simpati.

Ibu bapa gunakan anak untuk dapat duit

Difahamkan ibu bapa yang melakukan perbuatan ini mementingkan diri sendiri. Kanak-kanak seusia mereka sepatutnya diberi pendidikan dan dikawal aktiviti bersama orang asing(stranger’s). Namun demi duit, mereka sanggup mempergunakan anak mereka denga alasan kehidupan susah.

Umum mengetahui, tugas mencari wang adalah tanggungjawab ibu bapa. Namun jika begini caranya, tergamak mereka menggunakan kanak-kanak demi kepentingan diri? Ibu bapa beginikan yang layak menjadi penjaga kanak-kanak, tiada pendidikan dan dipaksa kerahan tenaga untuk bekerja?

“Malangnya, itulah yang menggalakkan segelintir ibu bapa ini untuk tunggu di rumah dan akan menjemput semula anak-anak mereka pada waktu petang setelah buah habis dijual tanpa menyedari mereka boleh dikenakan tind4kan mengikut undang-undang,” katanya.

Menurut beliau, di bawah Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016, ibu bapa terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 33 akta sama kerana kesalahan membiarkan kanak-kanak tanpa pengawasan sepatutnya.

“mengikut kesalahan, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

“Justeru, kita berharap penjaga atau ibu bapa kanak-kanak akan lebih peka terhadap keselamatan anak-anak yang berada di bawah tanggungjawab mereka dan bukannya membahayakan keselamatan mereka,” katanya.

Budak guna ‘skrip’ sama apabila ditanya

“Emak ada di sana tengah tunggu saya,” (kononnya) demikian ‘skrip’ digunakan tiga daripada tujuh kanak-kanak berusia lapan hingga 12 tahun yang menjaja buah jambu batu potong di Banda Hilir di sini yang juga lokasi tumpuan pelancong di negeri ini.

Tinjauan Harian Metro selama beberapa hari di kawasan itu termasuk pada cuti sekolah lalu menyaksikan kanak-kanak berkenaan beroperasi lebih awal berbanding pada hari bersekolah.

Berdasarkan perbualan, mereka mengakui mula menjaja lebih awal pada musim cuti sekolah kerana mampu mendapat lebih ramai pelanggan berbanding hanya menjaja pada hujung minggu di luar musim cuti sekolah.

Harganya RM5 untuk saiz bekas plastik manakala RM3 untuk saiz paket plastik yang dibawa antara 20 hingga 30 bekas atau paket dalam satu bakul.

Jumlah pendapatan diperoleh antara RM90 hingga RM100 untuk satu bakul yang habis dijual dan akan ditambah oleh ibu bapa mereka kemudiannya.

Namun apa yang membimbangkan, sepanjang pemerhatian, tiada langsung kelibat ibu bapa atau penjaga kanak-kanak terbabit seperti yang didakwa mereka ketika menjaja.

Keadaan itu, sekali gus mendedahkan kanak-kanak itu terhadap pelbagai risik0 keselamatan terutamanya jika ditimpa kemaIangan ketika melintas jalan raya yang sibuk atau kemungkinan menjadi sasaran penjenayyah.

Sepanjang tinjauan, beberapa kanak-kanak lelaki membawa bakul berisi buah jambu potong dan menyapa sesiapa sahaja yang berada di kaki lima bangunan perniagaan di hadapan Menara Taming Sari untuk membeli buah yang dijual.

“Jika habis, nanti boleh ambil lagi daripada emak. Emak ada kat sana tunggu saya dan sepupu. Sepupu laki sebaya saya berniaga di depan sana, saya jual di sini.

“Kalau pak cik nak beli buah dengan saya boleh, tapi kena pergi jauh sikit sebab nanti orang tu (penjual buah berlesen) marah saya,” kata murid Tahun Dua sebuah sekolah di Tengkera di sini, yang temui.

Wartawan cuba mengikuti jejak kanak-kanak berkenaan, namun selepas menyedari diekori, dia akhirnya berhenti dan meminta diri untuk pergi ke ibunya yang didakwa berada tidak jauh dari lokasi dia menjaja.

Bagaimanapun, wartawan tidak melihat kanak-kanak lelaki itu dengan sesiapa kecuali dia menemui pelanggan selain sesekali dilihat berhenti duduk di tembok kaki lima atau bahu jalan melepaskan penat.

Tidak berakhir di situ, jam 8 malam ketika sedang membuat tinjauan di restoran tumpuan pelancong di Taman Kota Laksamana, wartawan sekali lagi menemui beberapa lagi kanak-kanak lelaki menjaja buah potong.

Menurut Pegawai Pelindung Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) lokasi itu adalah antara port kanak-kanak bawah umur itu menjaja buah potong.

Sekitar jam 10 malam, wartawan melihat mereka mulai beredar meninggalkan kawasan rumah kedai termasuk seorang mereka menaiki sebuah motosikal ditunggang seorang remaja perempuan.

Sumber : Harian Metro

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *