Penyanyi Wanita India Ini Tidak Sedar Lagu Arab Yang Dia Dodoikan Untuk Anak Rupanya Adalah Zikir Hasbi Rabbi

Setiap kali mahu mendodoikan anak, ibu-ibu pasti akan mengalunkan lagu, nasyid atau zikir yang menjadi kegemaran mereka. Alunan yang lembut ini akan membantu mempercepatkan lagi proses anak tidur. Sekejap je dah lena.

Pelbagai zikir dialunkan oleh ibu atau bapa ketika bayi masih kecil supaya mereka sentiasa mencintai zikir-zikir ini sehingga dewasa.

Walaupun ada ketikanya ibu bapa tidak sempat mengalunkan zikir tersebut namun kebiasaanya zikir tersebut akan dipasang melalui telefon pintar.

Seperti perkongsian menarik individu ini di Twitter, seorang penyanyi latar dari India berkongsi lagu-lagu yang pernah dinyanyikannya untuk menidurkan anak. Paling menjadi kegemaran adalah lagu arab iaitu zikir Hasbi Rabbi.

Mendapat lebih 7k retweet dan 5k likes, lelaki ini berkongsi keratan bual bicara seorang penyanyi latar yang popular di India. Di dalam program bual bicara tersebut, dia ditanya lagu-lagu yang pernah digunakan untuk mendodoikan anak. Sithara Krishnakumar menjawab, banyak lagu tetapi lagu arab yang paling disukai anak.

Anak mahu lagu arab

Apa yang menarik perhatian adalah rentak dan melodi lagu arab tersebut sama seperti zikir Hasbi Rabbi. Di ruangan komen, orang ramai tertanya-tanya adakah dia faham maksud sebenar zikir yang dialunkannya itu.

Pengakuan itu ternyata mengejutkan bagi kita apabila orang bukan Islam juga turut mengamalkan zikir dalam kehidupan seharian mereka.

Sithara krishnakumar (non muslim) penyanyi latar popular di Kerala India. Dlm program ni pengacara tanya, apakah lagu yang dinyanyikan untuk mendodoikan anaknya. Sithara kata ada byk lagu dia nyanyi. Yg jadi perhatian, anaknya kerap mahukan satu lagu arab yg berbunyi begini……

Menerusi video tersebut, pengacara mengajukan soalan kepada penyanyi tersebut mengenai lagu yang sering dinyanyikan untuk mendodoi anaknya.

Nyata, apa yang keluar dari mulut penyanyi wanita itu menarik perhatian ramai yang mana wanita itu turut mengalunkan zikir itu secara langsung.

Penyanyi wanita ini mengalunkan zikir Hasbi Rabbi sebagai lagu untuk mendodoikan anaknya.

Menurutnya lagi, walaupun sudah banyak jenis lagu yang dinyanyikan, namun anaknya tetap mahukan lagu yang beralun dan berbahasa arab.

Menerusi video tersebut, Sithara Krishnakumar mengalunkan sedikit zikir Hasbi Rabbi ini, ramai yang terkesima dengan suaranya itu.

Walaupun dia berlainan agama, tetapi masih lagi mampu mengalunkan zikir ini dengan hampir sempurna.

Alhamdullillah syukur, orang bukan islam pun suka dengar dan alunkan zikir. Semoga suatu hari nanti hati mereka terbuka untuk mengenal dan memeluk Islam.

Zikir Dan Doa Untuk Bayi Susah Tidur Malam

Bila dah jadi ibu ini, apa yang kita harapkan adalah supaya anak kita dapat tidur lena. Lebih-lebih lagi pada waktu malam supaya kita pun dapat juga merehatkan diri.

Ada masanya, bayi kita akan meragam pada waktu malam dan sudah macam macam cara kita cuba pun, mereka susah nak lelapkan mata.

Jika ini berlaku, cuba anda amalkan doa bayi tidur lena ini. Pasti mujarab!

Doa bayi tidur lena yang boleh diamalkan ibu bapa

Jika bayi anda sukar untuk tidur lena atau anda nak cara yang mudah untuk tidurkan bayi anda, anda boleh cuba doa bayi tidur lena ini.

Diriwayatkan oleh At-Tabraniy dan Ibn al-Sunni, dari Hajjaj bin Imran As-Sadusiy, dari Amru bin Al-Husain, dari Muhammad bin Abdillah dari Thaur bin Yazid dari Khalid bin Ma’dan dari Abdul Malik bin Marwan bahawa:

Bapanya pernah mengatakan bahawa Zaid bin Thabit pernah mengadu kepada Rasulullah SAW tentang penyakit tidak boleh tidur malam yang menimpanya, lalu Rasulullah SAW mengajarnya doa di ini.

Menurut hadith riwayat Ibnus Sunni, Zaid bin Thabit r.a yang mengalami masalah sukar untuk tidur (insomnia) akhirnya dapat tidur dengan nyenyak berkat beramal dengan doa yang diajar oleh Rasullullah ini.

Doa tersebut adalah:

doa agar dpt tidur mlm Jika anda mahu anak tidur lena sampai pagi, cuba baca doa mujarab ini!

Maksudnya: Ya Allah, telah malap bintang-bintang, dan telah tenang mata-mata manusia, dan Engkau maha berkuasa, Wahai yang Maha Berkuasa, lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini

Semasa membacakan doa ini pada anak anda, letakkan tangan kanan pada dahi anak anda dan tiupkan perlahan-lahann kedua belah matanya. InsyaAllah mereka akan mula mengantuk dan akan tidur dengan lena.

Selepas membaca doa ini, anda juga boleh baca sekali doa amalan sebelum tidur yang lain seperti doa sebelum tidur, ayatul kursi dan tiga kul.

Cara ini bukan saja boleh dilakukan pada bayi anda, jika anda sendiri ada masalah untuk tidur walaupun sudah penat sehari suntuk menjaga anak, mengemas rumah atau bekerja, anda boleh baca doa ini.

Sumber : Twitter@iamjayrahman