Rata Rata Semua Cemburu Aazief Khalid Langgankan Pad Organik Untuk Sharifah Rose Setiap Bulan

Terkini selepas kemelut hubungan di antara Aazief Khalid dan Tyra Kamaruzzaman, nampaknya hati lelaki itu kembali bertaut dan berbunga dengan kehadiran Sharifah Rose.

Walaupun beliau menolak spekulasi orang ramai pada awalnya, namun mereka akhirnya mengaku sedang dilamun cinta.

Selepas pengakuannya itu, pasangan muda tersebut tidak segan berkongsi gambar bersama di media sosial. Sharifah Rose siap bercuti di London kerana Aazief yang sedang berada di sana.

Makin ‘bersemut’ apabila influencer terkenal itu berkongsi aksi ‘sweet’ Azief untuk tatapan ramai di laman Twitternya.

Menerusi entri itu, dia menjelaskan bahawa kerana terlupa membeli tuala wanita untuk bulan ini, teman lelakinya telah melanggan penghantaran keperluan wanita itu secara bulanan dan dihantar terus ke rumah.

Melambung pujian diberikan kepada Aazief yang sangat peka dengan perihal kekasihnya. Malah, tak segan pun nak beli barangan wanita itu walhal ada yang abang mahupun bapa kandung sendiri pun jarang melayan permintaan ahli keluarga wanita mereka sedemikan rupa.

Rata-rata wanita cemburu dengan layanan Azief kepada Sharifah Rose dan mengharapkan agar mereka juga menerima layanan sedemikian daripada kekasih masing-masing. #RELATIONSHIPGOALS katanya!

Pun begitu, ramai juga yang menyampah melihatkan entri Sharifah Rose ini. Bagi mereka, tidak perlulah berkongsi hal sedemikan di media sosial.

Rupa-rupanya, tuala wanita organik pemberian Azief itu sebenarnya dimiliki Izara Aishah merangkap kakak iparnya sendiri. Patutlah pun!

Untungnya Sharifah Rose dapat lelaki yang peka dengan keadaan dia. Sweet sangat!

Sumber : CARI / SKT