Respon Pedas Adibah Noor Terhadap Komen Jalil Hamid Yang Tak Dapat Job 7 Bulan

Sebelum-sebelum ini pelakon, pelawak, dan penyanyi veteran Jalil Hamid telah menzahirkan rasa terkilannya terhadap bayaran ditawarkan yang hanya berjumlah RM 1,500 untuk memegang watak utama.

Disebabkan itu, Harian Metro melaporkan bahawa pelakon lagenda itu kini telahpun ‘menganggur’ sampai 7 bulan disebabkan kelantangannya itu.

Katanya `apa yang disuarakan itu adalah perkara wajar kerana tidak patut soal bayaran untuk pelakon lama dan berpengalaman sepertinya diperlekehkan.

“Bila dah m4ti esok barulah terhegeh-hegeh buat tribute la, minggu penghargaan la”

Sebagai salah seorang penggiat senior dalam industri tanah air ini, Adibah Noor ada lantang menempelak pihak-pihak tertentu demi mempertahankan Jalil Hamid.

Berikutan dengan penularan isu tersebut di Twitter, ramai netizen bengang kerana pelakon yang berkualiti seperti Jalil Hamid diperlekehkan sebaliknya menaikkan nama-nama pelakon ‘kayu’.

“Ya. Yg belakon mcm kayu kau bayar mahal2 lagi2 scene nangis smpai kemik-kemik muke dan so fake dipuja-puja sana sini buat publisiti nk naikkan artis sendu itu tapi yang berbakat ko bayar sikit.”

Malah, bagi Adibah juga turut menegaskan cara segelintir pihak yang hanya menghargai hasil karya penggiat apabila mereka dah tak ada.

Malah, baginya itupun dianggap sebagai strategi untuk kaut untung sementara waris tak dapat apa-apa.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber : Lobak Merah

Kredit: Tube Viral