Rumah Tangga Tunang Hancur Azar Azmi Dituduh Jadi Punca

Pada ahad lepas, Azar Azmi telah pun bertunang dengan jejaka pilihannya, Hafiz Roslan yang juga seorang duda anak satu.

Dalam pada masa itu, ada pula pihak yang mendakwa aktres tersebut adalah punca Hafiz bercerai dengan bekas isterinya beberapa tahun lepas.

Menjawab dakwaan tersebut, Hafiz tampil memberikan penjelasan.

“Bukan Azar penyebab saya bercerai dahulu,” jelasnya ringkas kepada mStar Online.

Hafiz juga adalah seorang penerbit filem yang mempunyai dua orang anak.

Difahamkan, Azar dan Hafiz sudah menjalinkan hubungan cinta sejak lima tahun yang lepas.

Hafiz juga memberitahu dia tidak boleh mengulas lebih lanjut mengenai pertunangannya sehingga Azar sendiri yang mengeluarkan kenyataan.

“Minta maaf, saya telah dinasihatkan agar tidak memberi sebarang komen,” tambahnya.

Baru sahaja nak tempuh fasa bahagia, dah macam-macam pula fitnah dan tohmahan yang diterima.

Harap Azar kuat dan dapat beri penjelasan agar tiada lagi salah faham.

Sumber : CARI / SKT