Sampai Bila Nak Habis Ni Kejap Ibu Tunggal, Kejap Nak Berpisah, Ni Mengandung Pulak Netizen Keliru

Sebelum ini rumah tangga Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan dan Hana Azraa dikatakan di ambang perceraian apabila Hana sendiri mendedahkan bahawa mereka bakal bercerai dan sudah tidak lagi tinggal sebumbung.

Namun, PU Abu menafikan dakwaan isterinya itu dan menjelaskan mereka masih lagi pasangan suami isteri. Kemudian, rumah tangga mereka sekali lagi diperkatakan apabila Hana Azra mengemaskini bio Instagram dengan status ‘Single Mommy’.

Terbaru, Hana berkongsikan berita kehamilannya serta memuat naik video sedang menjalani pemeriksaan ultrasound di sebuah pusat perubatan. Bagaimanapun, perkhabaran gembira itu menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Malah ada yang mempersoalkan status rumah tangganya dengan PU Abu dimana sebelum ini pernah dikatakan mahu bercerai tetapi kini dikhabarkan hamil pula. Tidak kurang juga ramai yang meninggalkan komen negatif terhadap usahawan tersebut.

Meskipun ramai yang mengecam, ada pengikutnya mengucapkan tahniah di atas kehamilan tersebut dan menasihatkan Hana supaya menjaga diri dan kandungan.

Terdahulu, nama Hana Azraa menjadi perhatian umum apabila bekas isteri PU Abu iaitu Ain Afini mendedahkan telah diceraikan suaminya selepas memilih untuk bernikah dengan Hana yang berstatus janda anak satu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page Amfihas Ventures

Sumber:Mstar

PERHATIAN: Pihak Sembangkenchangtoq tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sembangkenchangtoq juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *