Sanggup buat publisiti murahan dengan berpakaian macam tu, tak sangka gara gara pakaian Ardell dan Nadzmi, mereka dikritik hebat oleh warganet

Sebelum ini, ramai yang kurang mengenali kedua mereka kerana tidak pernah muncul dalam sebarang drama sebagai teraju utama. Tetapi selepas berkahwin, rezeki mereka kian bertambah sehinggalah Nadzmi juga telah pun menjadi pelakon utama bagi filem ‘Anak Perjanjian Syaitan’

yang kini sedang ditayangkan di pawagam tempatan. Sejak berkahwin, pasangan Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa semakin popular dalam kalangan netizen tempatan. Walaupun dahulu, mereka berkawan sahaja tetapi atas usaha gigih lelaki itu, akhirnya Ardell mahu menerimanya sebagai pasangan hidup.

Kini, apa sahaja yang dilakukan oleh mereka pasti akan mendapat perhatian warganet. Terbaru, Ardell dan Nadzmi telah memuat naik gambar mereka di sebuah pusat membeli-belah bagi menonton wayang di laman Instagram. Walaupun berada di sebuah pusat membeli-belah yang terkenal,

Ardell dan Nadzmi tidak segan untuk hanya memakai kain pelikat. Bahkan mereka kelihatan gembira dengan penampilan ‘selamba’ itu. Walaubagaimanapun, penampilan pasangan itu telah menerima kritikan para netizen. Kebanyakan daripada mereka menyatakan bahawa kedua-duanya kelihatan selekeh dan tidak terurus.

Dibelakang seorang lelaki mesti ada perempuan yang hebat dan comey

🙈
Thankyou @ardellaryana teman saya and support saya

😘

❤️
Harini ajak isteri sama sama selekeh dengan saya

🤣
Kitorang pakai kain pelikat je pergi buat suprise pada yang tengok Film #AnakPerjanjianSyaitan harini

🤗
Sorry kami tak pandai nak dress up

🤣

Thankyou support #AnakPerjanjianSyaitan ! Keep supporting us okay. Alhamdulillah banyak hall yang full house. Congrats team #AnakPerjanjianSyaitan. Warganet turut menyelar pasangan baru berkahwin ini sebagai ‘attention seeker’ dan buat publisiti murahan kerana memuat naik gambar seperti ini.

Sumber: Beautifulnara, Forum BM CARI

Pakaian Ardell Aryana dikritik tidak sesuai untuk seorang isteri, akhirnya Ardell balas komen dengan kata kata padu

GARA-GARA memakai baju tshirt dengan seluar kain pelikat, pelakon Ardell Aryana ditegur seorang warganet yang memintanya tampil lebih kemas selepas bergelar isteri. Warganet tersebut berpendapat penampilan isteri kepada pelakon

Nadzmi Adhwa sebagai pelikk dan jarang dipakai oleh wanita biasa. “Pelikk benar pakaiannya. Jadi isteri kena pakai la molek-molek sikit. Ser4but tengoknya,” komen individu yang menggunakan akaun bernama Msdianra_. Ardell telah memadam komen tersebut.

Back to reality & back to my style. Bukan wanita yang cantik di make up seperti kemarin , bukan lagi wanita bertumit tinggi seperti kemarin & bukan wanita yang semewah itu baju pakaian nya seperti kemarin ( Terima kasih semua yang telah berusaha untuk mencantik kan saya dari seorang yang biasa menjadi luar biasa )Hakikat nya saya hanya la Biasa-biasa tukang jahit di @alwadeltailor  untuk menyiap kan tempahan pakaian untuk butik-butik dan jahit pukal untuk pemborong dan peniaga baru online bersama team jahit saya

Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, 29, yang membalas komen tersebut menganggap setiap individu mempunyai citarasa dalam berfesyen. Bagaimanapun, pelakon drama Tak Ada Cinta Sepertimu mengambil tegvran itu secara positif dan akan belajar cara untuk lebih bergaya.

“Setiap orang itu lain-lain sebab itu saya tulis dekat kapsyen, saya orang yang biasa… mungkin tak semolek awak. “Untuk suami atau bakal dapat isteri yang molek macam awak. Tak apa saya akan belajar bergaya lagi supaya tak serabut lagi mata sis,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon Ramona Zamzam turut meninggalkan komen memuji penampilan Ardell yang sentiasa cantik walaupun berpakaian biasa.Menurut Ramona, seseorang itu cantik apabila memiliki hati yang bersih dan sentiasa bersikap positif seperti Ardell.

“Tidak sayang, awak kelihatan elok saja. Kecantikan itu tidak dinilai dengan solekan, kasut tumit tinggi dan baju. “Asalkan hati tiada hasad d3engki, sentiasa positif, orang sekeliling awak bahagia dan sudah cukup untuk buat seseorang itu cantik.

Ardell dan Nadzmi bernikah pada 1 September lalu. “Dan itulah anda, biasa-biasa itu la yang lebih cantik. Jadi diri sendiri… awak cantik,” tulisnya. Sebelum ini, Ardell pernah dikec4m selepas video dia mengigil ketika disarungkan cincin pada hari pernikahannya awal September lalu.

Nadzmi sebagai suami tampil menjelaskan kejadian yang ditonton orang ramai itu berlaku disebabkan isterinya mempunyai mas4lah kebimbangan melampau serta kemurvngan yang terus dan kini masih dalam rawatan. Ardell dan Nadzmi mendirikan rumah tangga pada 1 September lalu selepas kira-kira lapan tahun mengenali satu sama lain. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Like Page Kami Juga Di Facebook Dunia

Sumber: mStar

Nadzmi Adhwa dan isteri menunaikan umrah pada hujung tahun ini.

Pelakon Nadzmi Adhwa meluahkan rasa teruja untuk menunaikan ibadah umrah bersama isterinya yang juga merupakan pelakon Ardell Aryana hujung tahun ini.Nadzmi atau nama sebenarnya Nadzmi Adhwa Nor Adzmi, 27, menyatakan dia dan isteri sepakat untuk memilih Tanah Suci sebagai destinasi pertama selepas bergelar pasangan suami isteri 1 September lalu.

“Tidak sabar rasanya nak menjejakkan kaki ke Mekah buat kali pertama lebih-lebih lagi bersama isteri tercinta dan keluarga tersayang.“Susah saya nak gambarkan perasaan teruja ini, tapi saya selalu berdoa agar urusan ke Tanah Suci dipermudahkan,” katanya kepada Kosmo! Online.

Menurut pelakon yang popular menerusi drama Namaku Bedah itu, mereka akan bertolak ke Tanah Suci selepas Ardell pulang dari misi kemanusiaan ke Yaman selama sebulan bermula Oktober depan.Pasangan sama cantik sama padan itu sebelum ini dinikahkan dalam satu majlis

secara tertutup yang berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Seri Kembangan, Selangor dengan hanya sekali lafaz. Terdahulu, pasangan yang sudah berkawan selama lapan tahun ini sering digosipkan bercinta apabila Nadzmi sentiasa meluahkan kata-kata semangat saat Ardell bertarung dengan penyakit kronik yang dirahsiakan.