Saya minta Firman jangan terikut ikut nanti termalu sendiri Ini Amaran DS Vida

Salah faham antara Aishah dan Datuk Seri Vida sudah pun berakhir, bagaimanapun timbul satu lagi isu baru apabila seorang lagi pemenang Gegar Vaganza iaitu penyanyi Indonesia, Firman Siagian pula meragui ketulenan berlian miliknya.

Bagaimanapun, Vida menafikan sekeerasnya dakwwaan tersebut serta menjelaskan bahawa subang berlian yang diberikan kepada pemenang tempat kelima Gegar Vaganza itu adalah tulen.

“Jadi Firman jangan beranggapan apabila Aishah kata paIsu dia pun ingat falsu juga. Ya Allah, subang berlian itu bukan paIsu. Saya menafikan sekerras-kerrasnya.

“Saya minta dia jangan terikut-ikut nanti termalu sendiri. Itu memang berlian tapi tak ada sijil sebab kategori barang kemas perhiasan,” katanya kepada mStar Online.

Vida turut menjelaskan tidak semua barang kemas bertatahkan belian diberikan sijil tetapi boleh dibuat sekiranya diperlukan. Katanya lagi, sukar untuk jelaskan perkara itu kepada mereka yang tak pernah memakai barang kemas berlian.

“Macam tiga lagi barang kemas diterima Aishah pun tidak ada sijil melainkan dua butir berlian yang turut dipilihnya.

“Bila saya bagi Aishah peluang pilih berlian, tidak bermakna berlian lain paIsu.

Susah saya nak terangkan kepada mereka tidak biasa pakai barang kemas berlian ini,” katanya.

Sumber : Rotikaya

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *