Shahrol Shlro Dan Isteri P0hon D0a Orang Ramai

Keadaan kes.ihatan anak kepada pelawak Shahrol Shiro iaitu Ismail Rifqi semakin membimbangkan apabila doktor memaklumkan buah pinggang bayi berusia lapan bulan itu mengalami m.asalah dan sudah berada di tahap k.ronik.

Isteri Shahrol iaitu Nor Farhanah Syamimi atau lebih mesra disapa Anna berkata anak kedua mereka itu memerlukan rawatan segera selepas kedua-dua buah pinggangnya r.osak dan membengkak.

“Pada Isnin lalu, hasil ujian dan pemeriksaan pakar mendapati buah pinggang Ismail belah kanan sudah tiada, manakala buah pinggang Ismail sebelah kiri pula sudah b.engkak.

“Kata doktor Ismail perlu mendapatkan r.awatan secepat mungkin memandangkan dia hanya ada satu buah pinggang dan buah pinggang yang ada pun b.engkak.

“Memang terkejut dan s.edih apabila mendapat keputusan itu. Luluh hati bila dapat tahu buah pinggang Ismail mengalami ker.osakan dan sudah t.eruk,” katanya ketika dihubungi.

Shahrol dan anak bersama dua anak mereka

Sementara itu, Anna berkata dia mula mengesan sesuatu yang tidak kena terhadap kes.ihatan anaknya apabila Ismail sering demam dan terdapat sesuatu yang tidak normal pada air k.encing.

B.imbang keadaan menjadi lebih te.ruk, Anna dan suami mengambil keputusan melakukan pemeriksaan lanjut di h.ospital.

Sekarang ini Ismail dimasukkan ke sebuah h.ospital di Johor dan sedang menerima r.awatan anti.biotik

“Dia selalu demam on off… kalau tengok secara f.izikal dia nampak macam sihat sahaja tapi naluri ibu kita rasa macam ada yang tak kena. Apabila tengok dia asyik tak sihat, kami bawa dia bertemu pakar dan buat pemeriksaan lebih menyeluruh.

Perkongsian Anna di laman Instagram

“Sekarang ini Ismail dimasukkan ke sebuah h.ospital di Johor dan sedang menerima r.awatan anti.biotik,” ujarnya.

Dalam pada itu, Anna turut memohon orang ramai mendoakan agar anaknya itu segera sembuh dan diberikan kekuatan untuk terus mel.awan peny.akit.

Anna dan Shahrol mohon doa orang ramai

“Mohon jasa baik dari kalian untuk mendoakan kes.ihatan anak Anna. Doakan semoga Ismail cepat sihat dan dipermudahkan segala urusan kami.

“Mana tahu atas sebab doa kalian Allah angkat dan makbulkan untuk anak Anna. Selitkan nama anak Anna dalam setiap solat dan doa kalian… semoga Allah balas semua jasa baik kalian,” ujarnya.

Shahrol dan Anna berkahwin pada 18 Mac 2016. Selain Ismail, pasangan ini dikurniakan anak sulung lelaki bernama Iskandar Rizqi berusia empat tahun.

Shahrol juga mempunyai seorang anak lelaki, Muhd Adam hasil perkahwinan terdahulu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Kredit : Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *