Suami 26 tahun terkejut isteri bila dapat tahu suami bercinta dengan janda 42 tahun. Tergamam isteri bila nampak kesan kat dada suami buatkan isteri menggigil

Selama 8 tahun aku sayang orang yang sama. 4 tahun kita bercinta, 4 tahun usia perkahwinan kita. Sikit pun hati aku tak pernah berubah. Even macam macam berlaku. Kasih sayang aku tetap kuat untuk kau wahai suami aku. Tahun lepas aku kehilangan harta dunia akhirat, iaitu anak aku.

Tahun ni mungkin aku juga akan kehilangan suami aku kerana orang ketiga. Selama ni aku hadap susah senang bersama kau . Dari kita mula bercinta, sampai kawen ada anak 2 dan dah tinggal 1 bilik. Aku hadap, aku terima apa adanya hidup bersama kau. Tanpa merungut.

Even berhujan panas naik moto, takde duit semua aku hadap . Sampai kau dapat kerja di luar negeri . Mula mula kehidupan seperti biasa . Tapi selepas kehilangan anak , kau berubah . Dalam anggaran bulan 8 2018 . Kau mula buat perangai . Kau cakap kau duduk hostel apa semua .

Dari 2 hari balik jadi 4 hari baru balik . Tapi sebab aku sayang , sebab aku percaya . Tak boleh balik duduk hostel sebab kerja jauh . Penat , tak cukup tido . Okey , aku paham . Sebab kerja . Tapi adakalanya aku mengamuk jugaklah sebab takde time untuk kami sekeluarga .

Ianya berpanjangan sehinggalah bulan 11 2018 . Sikit pun aku tak curiga , atau syak wasangka apa apa . Sebab apa ? Sebab dia suami aku . Orang yang aku percaya , orang yang aku ikhlas sayangkan dia . Tak mungkinlah kan dia buat macam tu dekat aku .

Sampailah 1 malam aku mimpi dia tak balik rumah sebab dia ada perempuan lain . Dalam mimpi tu ada dia , betine tu dengan sorang budak kecik . Aku tanya dia . Dia mengaku . Dia cakap betol , tapi tak tahu nak cakap macam mana .Oleh sebab aku terlalu percaya , terlalu sayang laki aku .

Aku anggap dia hanya menganjing je apa aku cakap . Aku pun abaikan . Sampai 1 hari tu , masa tu dia tengah tefon aku guna wasap . Masa tu dia dekat tempat kerja . Time tengah kol , aku ada dengar suara perempuan , manje sangat panggil dia . AWAK , AWAK .

Bila aku dah dengar dia cepat cepat letak . Bila aku tanya dia cakap itu budak kerja dia . Tapi logik ke budak kerja tapi panggil dia sangat manja. Bergaduh terok . Still cakap tu budak kerja dia . Aku pun rasa tak sedap hati , aku solat . Aku doa mohon dekat ALLAH , kalau betol benar suami aku kerja untuk kami sekeluarga ,

permudahkan segala urusan dan perluaskanlah rezeki suami aku . Tapi jika sebaliknya , kau tunjukkan lah . Tak lama lepastu , awal bulan 6.12.2018 subuh dalam 4 pagi , aku dapat 1 kol dari orang yang tak dikenali dia bagitahu suami aku terlibat dalam kejadian yang tidak diingini.

Tuhan je yang tahu apa aku rasa bagai nak luruh jantung aku kol mak ayah aku nangis nangis cakap suami aku terlibat dalam tu. Kaki bagai tak jejak tanah . Aku bangunkan anak aku , bawak pegi hospital dengan mak ayah aku . Dah rawat semua . ALHAMDULILLAH , tak kena tahan wad .

Hanya dapat mc 9hari . Boleh balik . Syukur. Sepanjang waktu , suami aku banyak berdiam dan bila tanya asyik nak marah je . Oklah , aku paham . Mybe tengah sakit . Hari ketiga dia ada appoiment mata , aku dengan anak puas carik dia dekat emergancy dengan tingkat 2 , masa tu di hospital .

Akhirnya aku jumpa . Depan orang ramai , dia tengking aku . Semua orang tengok . Malu aku sampai menitis air mata . Dia tengking aku sebab aku tak jumpa carik dia masa dalam hospital tu . Ok lah . Dalam hari ke 5 sakit dia cakap nak hanta MC dekat kawan dia . Dia sanggup pegi naik grab .

Aku dengan anak nak teman dia tak bagi . Katanya dia jumpa kawan dia dekat depan RnF (rupanya baru aku tahu dia jumpa betinae tu dekat appartment dia duduk) . Ok aku percaya . Bila sakit aku saje nak hiburkan hati dia , dia boleh cakap . Buang masa je layan aku .

Kau rasa apa aku rasa dia cakap dekat aku ? Ok lah , aku abaikan . Sebab dia sakit. Hari ke10 , dia pergi kerja untuk amek gaji . Tapi bila dah sampai sana , dia cakap gaji tak boleh amek sebab hold apa semua then dia tak balik . 2 hari baru dia balik . Aku pun masih percaya lagi .

Sebab masa ni belum kantoi terang terang lagi dia mnduakan aku. Hari ke2 dia bawak balik gaji . Then pergi keje macam biasa dan still tak balik . Duduk hostel katanya . Kalini seminggu dia tak balik . Masa dalam seminggu tu dia wsap aku seperti biasa . Ibaratnya dia tengah kerja .

Tapi rupanya masa seminggu 23.12.2018 – 28.12.2018 . Dia tak kerja . Dia ikot betine tu balik sana . Macam mana boleh kantoi ? Ok aku cerita . Masa 30.12.2018 dia balik rumah macam biasa . Start dari pagi dia balik sampai malam aku memaksa dia cakap perkara sebenar . Siapa perempuan tu.

Akhirnya dia mengaku , dia nak kawen dengan perempuan tu . Dia dah tidur bersama dan dah mengandung (tipu aku) . Luluh , sangat luluh hati aku . Hancur berkecai . Bila orang yang paling aku sayang , aku percaya ada betine lain . Bila dah bergaduh apa semua , dia keluar .

Masa tu dalam 1am sanggup jalan kaki 3km dari rumah aku untuk pergi ke bustop . Kau rasa ? Aku biakan . 3 hari dia diam tak wasap aku apa semua . Then aku wasap kawan 1 kerja dia , aku cakap mak dia sakit (tipu sunat) . Last tu dia sendiri wasap aku guna nombor lain .

Mybe dia sengaja nak menyakitkan hati aku , dp wasap gambar dia dengan betina tu . Lagi sekali aku menangis mengigil . Mengadu dengan mak aku . Mak aku sekali menangis. 1 hari tu aku tension tak boleh buat apa . Kesian anak aku . Terbiar n asyik kena marah je .

Lepastu aku wasap dia seperti biasa . Dalam seminggu dia balik , tergerak hati aku cek pastport dia , kantoi lah yang bulan 12 tu seminggu dia pegi tempat betine tu . Memula aku mengamuk jugak kejap . Lepastu aku mintak maaf dekat dia sebab benda dah jadi . Aku buat dek jela .

Awal bulan 1 , dia ada tunjuk surat masuk islam . Tu hanya sekadar surat sahaja . Nama apa semua takde . Aku pun malas nak menyakitkan hati sendiri , aku ye kan aja . Dalam pertengahan bulan 1 tu , aku dapat tahu dia benti keje . Keje tempat lain .Masa ni aku tak tahu langsung .

Dia just hanta gamba je yang dia tengah kursus . Tak sedap hati lagi . Aku pun tanya lah boss dia . Rupanya dia dah benti keje. Aku kalau selidik , aku akan selidik sampai jumpa . Dia cakap dia dah dapat kerja yang lagi bagus sebab tu dia benti kat tempat kej lama . Aku tanya habis betina tu ?

Dia cakap betina tu dah balik sarawak . Aku pun percaya tak percayalah . Sampaikan aku cek telefon dia . Aku jumpa . 2 surat yang sama just nama je berlainan . Dia tipu aku. Rupanya perempuan tu sama sama kerja dengan dia . Tempat keje lama dengan tempat keje baru dorang sama sama .

Abaikan aku dengan anak tu jangan cakap . Aku dah biasa hadap . Tipu ? Makanan dia untuk aku . Aku respect dia 1 je , even dia buat perangai di tak penah lupa nafkah untuk anak dia even berapa kerat dia tetap bagi . Kalau cuti ahad pun dia akan balik subuh.

Sampai lah raya cina , aku nak ikot dia balik kampung . Dia tak bagi . Dia cakap takde duit . Dia balik sorang je . Ok lah aku pun percaya . Aku tak sedap hati jugak . Aku kol anak betine tu , anak betine tu cakap dorang baru kol yang dorang akan balik kampung .

Tapi bila tanya suami aku , dia jawab dia balik sorang je . Aku pun tanya lah mak dia . Mak dia cakap ye dia balik sorang . Yang aku pelik tu , 1 hari tu betine tu unblock aku . Dan malam dalam 9 malam macam tu betine tu up status wasap gamba bersama mak mertua aku dan adik adik ipar aku yang kecik kecik

then dia block aku balik lagi sekali aku meraung macam orang hilang akal bila orang yang aku harapkan pun tipu aku. Masa ni aku berada di kampung . Terima kasih sedara mara tenangkan aku . Ok lah , aku pun malas nak pikir apa lagi dah sebab ada ramai yang support aku .

Kira aku macam ada kekuatan jugaklah . Ok , aku pun kembali lah ke rumah . Stress , tension , perangai tak waras tu jangan cakap lah . Kembali lagi . Dalam masa yang sama , ramai jugak nak tolong aku . Rupanya 6.1.2019 tu , hari ahad . Suami aku cuti tapi tak balik ,

rupanya dia pegi pejabat agama dengan betine tu . Betine tu masuk islam . Aku dengan anak berhabis habisan dia pegi kerja . Rupanya sebaliknya . Aku tanya kenapa betine tu masuk islam , dia cakap sebab nak kawen dengan dia . Aku ok kan je . Yela , hati aku dah remuk . Dah lali pun ye .

Sebab dah terlalu banyak dia melukakan hati aku dan dah terlalu banyak dia menipu aku. Bila dia balik aku ajak bincang dia mesti mengelak dan buat macam takde apa apa yang berlaku . Aku pun tahan jela makan hati . Baru baru ni aku dapat tahu dia duduk bersama .

Dah lama pun dia duduk bersama dengan perempuan tua tu . Aku tahu dorang duduk mana dan dia still tak nak mengaku . Siap ada fb lagi perempuan tu buat . Siap isi gamba bagai laki bini . Berpeluk , dalam bilik , berjalan tepi pantai , berlaga pipi . Sedangkan tu masih laki aku .

Macam macam aku lalui , macam macam aku hadapi tapi aku masih bersabar . Bersabar memikirkan anak yang terlalu rapat dengan dia . Bersabar memikirkan aku tak nak anak aku kehilangan bapanya . Dia ada jugak cakap nak berubah , tapi nanti . Kenapa nanti ?

Kalau nak berubah bukan nanti , tapi sekarang. Kadang aku jelous , dia lebih menjaga hati betine tu dari menjaga hati aku . Gambar macam pasangan bahagia sangat . Sedangkan aku isteri dia yang sah? Hurmmmmm . 2 minggu lepas dia boleh balik rumah seperti biasa .

3 hari berturut turut . Rupanya betina tu balik kampung. Betine tu pun ada bagi bekal didada suami aku . Bila aku tanya , dia cakap tu gatal . Takpelah , aku kan bod0h . Aku ye kan ajelah . Sekarang aku betol betol buntu memikirkan apa yang harus aku lakukan .

Aku juga tak salahkan dia . Mybe disebabkan perangai aku jugak dia jadi macam ni . Aku kasar , asyik marah , maki je rasanya . Aku tak cantik kot sebab tu dia buat aku sebegini rupa . Paling aku kecewa masa dia sakit bila terlibat dalam kejadian tu dia boleh cerita dekat betina tu yang aku tak jaga dia .

Yang aku ni tinggalkan dia sorang sorang , abaikan dia . Sedangkan ALLAH je yang tahu aku layan dia bagai menatang minyak yang penuh. Anak betina tu pun ada cerita jugak yang laki aku sanggup kejar pegi pujuk betine bila bergaduh sedangkan aku ? Dibiarkan hati hancur berkecai .

Paling aku pelik , macam mana suami aku boleh sangkut dengan betine tu . Betine tu janda umur 42 . Sedangkan suami aku umur baru 26 . Sekarang aku hidup berdua bersama anak . Hati aku berbolak balik sama ada mahu berpisah atau tidak . Bila aku panas hati , teringat apa dia buat dekat aku , aku nak berpisah.

Tapi bila hati aku dah sejuk , aku buat seperti biasa . Aku tak tahu kenapa . Mybe kekuatan tu belum ada . ALHAMDULILLAH , dalam masalah yang timbul ALLAH bagi aku hadiah sebuah pekerjaan yang tetap . Sebenarnya kerja ni rezeki anak syurga aku . Masa aku pegi iv keje ni ,

aku bawak anak syurga aku dalam perot . Masa tu tunggu hari je nak bersalin . Tapi bila dah dapat kerja , anak aku pulak dijemput ILAHI masa baby umur 6 bulan akibat sakit teruk. Aku pun pelik , kenapa aku masih menunggu sedangkan macam macam dah dia buat aku .

Mybe hati aku bebetol ikhlas sayangkan dia , berharap dia berubah n aku pikir anak . Tapi tulah , aku pun tak tahu kenapa aku sanggup bertahan sampai ke tahap macam ni . Doakan aku kuat n ada jalan penyelesaian untuk aku . Kepada awak , berubahlah sebelum terlambat . Saya dengan anak masih menunggu awak walau apa jua keadaan sekalipun . Terima kasih sudi baca even berjeler . Hehe . Mohon pendapat bukan kritikan.

Via edisi harian Foto sekadar hiasan