Tak Dapat Teman Anak Waktu Akad Nik4h, Suami Sheila Rusly Menangis Minta Maaf

Semalam, dunia hiburan Malaysia sungguh meriah dengan berita perkahwinan hero pujaan ramai Remy Ishak dan juga pasangannya iaitu Ezza Yusof. Bukan itu sahaja, rupa-rupanya pelakon Elisya Sandha yang merupakan adik kepada Fasha Sanda turut selamat dinikahkan dengan tunangnya pada hari sama.

 

Elisya dan Uzair selamat dinikahkan…Terima wang hantaran RM22,222.22

Elisya bersama Uzair yang juga anak kepada pasangan Sheila Rusly dan Jinggo telah pun disatukan dalam satu acara ringkas di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak. Pelakon yang baru berusia 22 tahun tersebut telah menerima wang hantaran berjumlah RM22,222.22.

Nikah di pejabat agama cuma wali dan pasangan pengantin boleh masuk…Yang lain tengok live

Sesuai dengan ketetapan SOP, hanya wali dan pasangan pengantin sahaja boleh masuk sewaktu acara akad tersebut berlangsung. Sementara keluarga yang lain serta sahabat handai cuma boleh menyaksikannya secara langsung melalui Google Meet.

I’m so sorry tak dapat teman you macam mana datuk teman I masa nikah dengan mama dulu

Oleh sebab itu, Jinggo atau lebih dikenali sebagai Tok Sidang kelihatan cukup sedih kerana tidak dapat menemani anak sulungnya itu. Malah pengarah drama berkenaan sempat meminta maaf serta berikan kata-kata semangat buat Uzair supaya tidak terlampau gugup.

Sumber: rotikaya, Portal mStar & Instagram Jinggo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *