“Tak Rasa Bersalah Ke Makcik Guna Kad Paywave Orang Lain Beli Barang Dapur? Sampai 2 Supermarket Makcik Pergi Borong!”

Ini bukan kali pertama kita dengar kad paywave disalah guna. Sebelum ini pun ramai yang membantah perlaksanaan kad paywave ini kerana ia tidak memerlukan apa apa tanda tangan jika barang dibeli bawah harga RM250.

Jadi sekiranya kad anda hilang dan anda lambat perasan ada kemunkinan besar kad paywave anda akan disalah guna. Ini yang terjadi pada individu bernama Zetty Rahman. Ini kisah beliau yang dipetik dari Facebook beliau sendiri.

KES KEHILANGAN WANG SIMPANAN AKIBAT WALLET TERCICIR DAN KAD BANK DIGUNAKAN TANPA IZIN MELALUI CARA ‘PAYWAVE’

Berikut adalah kisah yang tular dan dikongsikan oleh saudari Zetty Rahman. Sama-sama kita bantu dan ambil ikhtibar dari ape yg telah berlaku ini.

Aku mencari makcik ni

Isnin Kelmarin wallet aku tercicir kat area PHD BANGSAR. mula2 aku ingat tercicir dalam kereta. aku cari merata tak jumpa2 dan time tgh nk call bank tahu2 duit dalam dua2 account bank aku dah KURANG. Bila aku check online ada 3,4 transaction DALAM tempoh masa wallet aku hilang tu.

Makcik. kau da TERJUMPA wallet aku tu, kau ambik jela semua yg ada dalam tu, TAPI KENAPA kau mesti nk swap 2 2 kad bank aku TANPA RASA BERSALAH beli barang DAPUR KAT ROSYAM MART SETIAWANGSA & AEON WANGSA MAJU?

Tu duit simpanan kawin aku makcik

Yang aku sakit hati sgt. vdeo bawah ni dia seboleh2 nk cuba guna card aku tu sampai boleh untuk paywave beli barang dia.

Report polis aku ada kat bawah & kerugian almost 1k, dr smlm sampai ke harini turun naik jpn, jpj, dan bank sampai harini masih belum selesai.

Terima kasih manager rosyam mart baik hati nk tlg aku bg vdeo makcik ni walaupn ada 13 kaunter dorg nk kena check cctv

Terima kasih jugak korg yg share post ni. hanya Allah saja yang dapat mmbalas budi baik kalian.

🤲🏻

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : FB Zetty Rahman Via Viddy Media