TakSangka ramai percaya, Semua Kena game, Rupanya Iman Troye dah Berpakat danKomplot dgn Naim Daniel

Gambar penyanyi Iman Troye duduk di atas pelamin sambil memegang bunga tangan yang dimuat naik pada Sabtu mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen.

Malah, tindakannya meletak pautan akaun Instagram Naim Daniel dengan kapsyen ‘Alhamdulillah’ seolah-olah memberi gambaran dia mengikat tali pertunangan dengan penyanyi itu.

Rata-ratanya berspekulasi Iman dan Naim Daniel bertunang selepas ditandakan (tagged) Instagram (IG) pelantun lagu Sumpah itu di atas jambangan tersebut.

Bagaimanapun, Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin, 19, menjelaskan ia hanya sekadar gurauan semata-mata.

“Sebenarnya semalam (Sabtu) hari abang saya bertunang.

Sebelum post foto itu saya dah hantar pada Naim, tujuan nak komplot bergurau dan hanya mahu balas gurauan dia sebelum ni pasal cincin hari itu.

“Iman tag sejam lepas itu saya remove sebab nak elak orang salah faham,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Teman ini meminta maaf sekiranya ada pihak yang salah faham dan kurang senang dengan perkongsian tersebut.

“Semalam adalah hari di mana abang dan bakal kakak ipar iman bertunang.

Betul apa yang Naim cakap, sebelum post gambar tersebut, Iman ada hantar dulu kepada Naim.

Maaf ya jika menganggu dan maaf jika ada beberapa pihak yang terasa.

Niat memang hanya nak balas gurauan sahaja.. sebab sebelum ini pun kita ada gurau and peminat pun faham itu hanya gurauan.”

Kata Iman dia tidak berniat untuk mengundang salah faham atau menimbulkan kontroversi dalam kalangan netizen.

Tak sangka ramai yang percaya kami bertunang, kami hanya bergurau
IMAN TROYE

“Tak sangka ramai yang percaya kami bertunang. Sebenarnya saya tak nak timbulkan kontroversi.

“Minta maaf kalau ada pihak terasa atau buat orang keliru. Keluarga kami tahu itu hanya gurauan,” ujarnya.

Iman turut menegaskan hubungannya dengan Naim hanya sebagai abang dan adik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *