Tangan penuh kesan Iuka, Pu Abu Kena PukuI Dengan Beberapa Orang

Ramai pengikut memberikan reaksi terkejut selepas melihat kesan caIar pada kedua-dua belah tangan pencettus ummah (PU) Abu Sufyan.

Netizen tertanya-tanya berhubung punca sebenarnya kesan Iuka di tangannya itu berdasarkan sebuah foto yang dikongsikannya di Instagram pada Selasa.

Tanpa menyatakan dengan jelas, PU Abu atau nama sebenarnya Mohd Abu Sufyan Mokhtar Rozaidi meluahkan rasa syukur sungguhpun terus menerima ujian daripada Allah.

Menerusi kapsyen, PU Abu memberi gambaran seolah-olah kesan caIar dan Iuka itu berlaku selepas dia didatangi beberapa individu.

“Alhamdulillah, aku diuji lagi. Aku bersyukur kerana tidak ada apa-apa yang berlaku hanya sekadar caIar baIar di tangan.

“Empat lima orang bilangan yang tak cukup untuk menumbangkan aku sebab aku yakin Allah sentiasa ada dengan aku.

Kesan caIar dan Iuka jelas kelihatan pada kedua-dua tangan PU Abu.

“Allah sebaik-baik pelindung. Ujian didik jiwa kita untuk lebih kuwat. Kuncinya hanya satu iaitu sabar,” katanya.

Rata-rata netizen di laman sosial meluahkan rasa simpati dan ingin tahu malah pelbagai spekulasi dibuat termasuk kemungkinan dia dipvkul atau terlibat dalam pergadduhan.

“Bertabahlah, kuwatkan semangat. Setiap orang ada dugaan tersendiri. Harap ustaz Abu kuat dan kekal yakin hadapi ujian mendatang.

“Kenapa pula tu Abu? Ada orang pukuI Abu ke?

“Ya Allah… Takkan sampai macam tu sekali korang benci? Sampai buat dia macam ni. Ingat, dia cari rezeki untuk keluarga. Aku bukan back up, tapi fikir balik kita pun tak sempurna.

“Aku doakan orang yang buat kat kau dapat balasan dan aku doakan kau berubah jadi yang lebih baik,” tulis netizen di Instagram.

Pendakwah bebas ini pernah mendapat perhatian netizen sekitar April lalu selepas kisah percerraiannya dengan bekas isteri, Ain ‘Afini Latif dihebahkan di laman sosial.

Kontroversi melibatkan PU Abu terus berpanjangan apabila muncul seorang wanita dikenali sebagai Hana Azraa atau nama sebenarnya Nurhannah Azra Mohd Zakir yang didakwa sebagai orang ketiga disebalik pencerraiannya dengan Ain ‘Afini.

PU Abu akhirnya mengesahkan mengahwini Hana Azraa pada awal Mei lalu.

Dia mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan dengan Ain ‘Afini iaitu Muhammad Adam Aysar yang dilahirkan pada 7 Jun lalu.

Sumber : MSTAR ONLINE

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *