Terbaru Intan Najuwa Buat Rakaman Bersama Tunang Jelaskan Status Sebenar Hubungan Mereka

Terbaru, tunang kepada pelakon Intan Najuwa, Razrul Anwar Rusli enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai Intan yang bertindak memadam beberapa foto mereka di Instagram. Razrul ketika ketika dihubungi berkata, di Instagram milik pelakon drama Setelah Ku Dimiliki itu masih ada lagi foto dia bersama Intan.

Boleh dikatakan , bermacam macam dugaan sebenarnya yang bakal dialami oleh seorang yangg berstatus “tunang”. Lebih-lebih lagi jika majlis pernikahan semakin dekat. Timbulnya satu perasaan tertanya-tanya iaitu “Adakah boleh hidup bersama dengan si dia?” Bagaimana pun untuk menghadapi ketegangan ketika berumah tangga? Cool… Untuk mengatasi nya..mudah sahaja, Sentiasalah dekatkan diri dengan Tuhan agar semuanya akan dipermudahkan.

Mungkin apa yang terjadi sebelum ini sudah dijadikan pengajaran dan seperti mana-mana hubungan, perlu ada sifat kemaafan dan toleransi yang amat tinggi.

“Ada lagi gambar saya. Ya, hubungan kami masih seperti biasa. Terima kasih kerana ambil berat dan doakan kami,” jelasnya yang serba ringkas.

Terdahulu, tular di alam maya foto foto mesra Intan Najuwa dan Zul Ariffin. Di Dalam foto tersebut, Intan telah didukung oleh pelakon iaitu Zul Ariffin.

Walaubagaimana pun, baru ini dilihat, paparan terbaru dari laman sosial di Instagram milik Intan Najuwa jelas mengambarkan hubungannya dengan tunang tiada sebarang masalah dan kelihatan bahagia sahaja. Menerusi kelakuan di dalam vdeo tersebut Intan Najuwa”menari nari dalam kenderaan” jelas menunjukkan hubungan mereka masih seperti biasa.

Satu lagi rakaman yang dilihat menunjuk kan Intan dan tunangnya tengah menjamu selera di sebuah restoran. Dalam vdeo itu juga, Intan sempat menegur tunangnya dengan berkata “B bukan kata nak diet ker B”?. Disini jelas menunjukkan Intan Najuwa ingin memberitahu bahawa hubungan dia bersama tunangnya masih kekal bahagia lagi walaupun tular sebelum ini foto foto panasnya.

Walau apa apa pun, bertunang ini bukan lah bermaksud kita dan pasangan sudahpun menjadi suami isteri. Jagalah tingkah laku semasa hubungan bertunang. Jika ada keperluan untuk berjumpa dengan pasangan, bawalah mahram anda atau orang yang dipercayai untuk bersama dalam perjumpaan tersebut. Takut nanti ada orang ketiga bersama anda. Lain pula jadinya nanti.

Moga pasangan ini bahagia selalu dan cepat-cepat naik pelamin yer. Selamat maju jaya buat kalian berdua.

Dah Baca jangan lupa sharekan Yer Terima Kasih