Tindakan Aliff Syukri Muat Naik Gambar Tanpa Isteri Dan Luahan Hati Datin Shahida Timbul Persoalan

Setiap manusia yang hidup di muka bumi pasti berhadapan dengan pelbagai dugaan dan rintangan. Ujian yang diturunkan oleh Tuhan pasti berbeza, tetapi atas sebab yang sama.

Di saat kesedihan dan hampa dalam menempuhi dugaan itu, sudah pasti kita hampir tewas dan tertanya dengan kesal, mengapa ujian berat itu diturunkan kepada kita? Bahkan mengapa ujian tersebut begitu berat sekali? Sebagai insan yang lagi tidak berupaya, wajar diambil ujian itu dengan hikmah walau sesulit manapun ia.

Datuk Seri Aliff Syukri dan pasangannya Datin Seri Nur Shahida tidak perlu diperkenalkan lagi. Jutawan kosmetik tersebut yang sering dikaitkan dengan kontroversi panas seringkali menjadi tumpuan ramai. Kebahagiaan antara pasangan itu yang bakal menimang cahaya mata kelima turut dipertontonkan melalui video-video lucu mereka berdua.

Namun, baru-baru ini kedua-duanya sering dilihat memuat naik perkongsian luahan sedih seolah menggambarkan kemelut rumah tangga yang sedang bergoyah. Malah, video atau gambar berdua yang sering dipaparkan seperti sebelum ini sudah lama tidak dimuat naik.

Terbaru, Datuk Seri Aliff Syukri memuat naik sekeping gambar beliau bersama anak-anak dan ibunya tanpa kehadiran isteri. ‘Caption’ yang tertera pada gambar tersebut seakan memberi bayangan bahawa hidup bersendirian lebih bahagia tanpa kehadiran pasangan.

Sebelum itu pada sehari lepas, beliau turut memuat naik sekeping gambar beserta luahan sedih perasaannya. Dalam pada itu, Datin Seri Nur Shahida turut memuat naik satu perkongsian seakan meluahkan rasa hati yang tersimpan sebelum ini. “Walau hati tak redha tapi itukan takdir kita”.

Datin Shahida: Bila buat Q & A,banyak orang tanya dan cerita ttg masalah kehidupan masing, kadang2 saya rasa dah cmm pakar motivasi🤣🤣. sedangkan hidup saya pun x berapa nak betul juga, rupanya kadang kita rasa kita dah merana tapi ada yg lebih hebat dugaan nya. Dulu2 waktu saya kecik bila saya sedih atau saya kena marah saya pasti akan tulis dalam buku atau kertas ttg apa yg saya lalui hari ini, saya buat benda tu sampai saya dah ada anak 2 orang, tapi lama2 saya x buat lagi sebab apa? sebab bila kita baca balik kita akan rasa sedih dan ingat segala yg pahit2 dalam hidup. Jadi tips dia nak bahgia ni kena lupa benda2 yg buruk, ingat yg indah2 sahaja sebab bila kita sedih kita x akan kemana2 pun malah kita akan rasa lagi down dan tidak bersemangat. walau hati tidak redha tapi itukan takdir kita,kena kuat sebab masa akan membantu kita melupakan segalanya❤️❤️👏🏻.

Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Datuk Aliff dan isterinya. Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri. Moga kemelut rumah tangga mereka menemui jalan penyelesaian yang terbaik.

Setiap hamba Allah pasti tidak dapat lari daripada berbuat keburukan dan dosa. Bagaimana caranya untuk mengurangkan atau menghapuskan dosa selain daripada bertaubat? Salah satunya adalah mengharungi ujian.

Bagi golongan yang menerima ujian dan sabar menghadapinya dengan penuh syukur dan reda, Allah akan menghapuskan kesalahannya dan mengangkat darjatnya.

Sumber :Instagram aliffsyukriterlajaklaris Via SiakapKeli

Leave a Reply

Your email address will not be published.