Tindakan Nabila Huda Memuat Naik Foto Bersama Anjing Husky Telah Mengundang Rasa Senang Di Kalangan Wargamaya. Ini Jawapan Nabila Huda

Aktres Nabila Huda mencuri perhatian apabila berkongsi foto bersama seekor anjing daripada baka Husky Siberia.

Menerusi laman sosial Instagram miliknya, Nabila yang kini sedang bercuti di News Zealand memuat naik swafoto tersebut semalam.

“Hello Everybody! (Relax, saya dah cibuk muka saya dan sam4k)” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Namun, kapsyen yang ditulis pelakon itu nampaknya mengundang reaksi rakan-rakan selebriti dan wargamaya apabila ia seolah-olah memerli sesetengah golongan yang suka menjatuh hukum dan membuat tuduhan melulu.

Kitaorg bangun pagi tadi,check out and drove few mins to Seal Colony.Mula-mula fikir Tak mungkin lah ada wild Seal sebab orang Ramai kat beach.And then Kitaorg jalan about 10mins jauh sikit dari semua..And then,Taraaaaa!! Full of lazy Seals! Gemuk , besar and tengah tidur..Dia nampak kite lalu,Dia bangun kejap,sambung Balik tidur.. Nope! Saya tak pegang sebab Kalau pegang,hilang tangan Aku kang..haha! I love Kaikoura..One of my favourite place here in South NZ!
Hello Everybody! (Relax..Saya dah cibuk muka Saya Dan samak)

“Tak sam4k pun it’s your choices babe,” komen pereka fesyen Syomir Izwa.

“Zaman sekarang ni memang nak kena explain di ruangan kapsyen,” ujar seorang wargamaya.

“Bapak besaq si0t! Sekali dia ngap muka aku, terus jadi ayam tandoori,” usik pelakon Sharnaaz Ahmad.

“Okay setakat tujuh minit lepas gambar dimuat naik, ruangan komen masih lagi terkawal dan bersih,” kata seorang wargamaya.

Anak dan makanan memang tak dapat Dipisahkan..

Malah, menerusi ruangan balas, Nabila sempat menjelaskan alasan dia memberikan kapsyen sebegitu supaya wargamaya faham sebelum membuat sebarang spekulasi.

Nabila bersama keluarganya bercuti di New Zealand sejak 16 Oktober lalu dan mengembara mengelilingi negara itu menggunakan karavan.

Foto tersebut sehingga kini telah menerima hampir 30,000 tanda suka.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : sinar viral network